Thursday, 15 August 2013

'OKU DAP' SETUJU PEMILIHAN SEMULA CEC, TAKUT PENDAFTARAN DIBATALKAN....


dap-ros-karpal513

Selepas ding-dong sejak akhir tahun lepas, DAP akhirnya tunduk dengan desakan berbagai pihak termasuk Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu.
Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam satu kenyataan pada Khamis berkata DAP akan mengadakan pemilihan semula CEC bagi mengelakkan pendaftaran parti itu dibatalkan.

ROS sebelum ini mengatakan pemilihan CEC DAP pada 15 Disember tahun lalu cacat berikutan dakwaan penyelewengan pengundian dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan.
Pada 30 Julai lepas, ROS memutuskan DAP perlu mengadakan pemilihan semula CEC selepas badan itu tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh parti tersebut.
Menurut Karpal Singh DAP memutuskan pemilihan baru bagi menyelamatkan parti itu daripada tindakan pembatalan pendaftaran oleh ROS.
Karpal berkata, mesyuarat jawatankuasa berkenaan pada malam tadi memutuskan demikian demi kepentingan jangka panjang parti berkenaan.
Katanya, jawatankuasa DAP memutuskan demikian walau berpendapat bahawa arahan DAP untuk menjalankan pemilihan semula itu tidak mengikut undang-undang.
Dalam keadaan tersebut, tambahnya, sepertimana yang diarahkan oleh ROS, CEC bagi tempoh 2008-2011 akan bertemu Khamis depan untuk membuat persediaan untuk mengadakan pemilihan baru.
DAP dan ROS telah bertelagah sejak ROS mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan baru bagi memilih CEC.
Aduan kepada ROS bermula apabila beberapa ahli tidak berpuas hati terhadap perjalanan pemilihan parti pada Disember lalu selepas kesilapan dalam pemilihan calon menganggotai CEC.
Berdasarkan aduan, ROS menjalankan siasatan dan mengarahkan satu pemilihan baru diadakan.
DAP mengakui berlaku masalah teknikal dalam keputusan pemilihan tersebut, yang menyebabkan berlakku salah pengumuman mengenai calon-calon yang berjaya.
Calon yang tersilap umum berada dalam CEC adalah Vincent Wu dan bukannya setiausaha politik Lim - Zairil Khir Johari - yang juga ahli Parlimen Bukit Bendera.

No comments: