Saturday 27 July 2013

(VIDEO) TERGEMPAR !!! PEMAIN BADMINTON BERTUMBUK DI TERBUKA KANADA

Kebiasaannya kes pergaduhan dalam siaran sukan lebih tertumpu kepada perlawanan bola sepak. Ini kerana permainan bola sepak benar-benar menguji emosi. Namun jangan terkejut jika anda menonton satu adegan pergaduhan di antara dua pemain badminton dari Thailand ini. Apa yang mendukacitakan, pergaduhan ini tercetus secara langsung dihadapan ratusan penonton yang menyaksikan Kejohanan Badminton Terbuka Kanada 2013.  Korang boleh tonton video di bawah ini. 
Gempar! Pemain Badminton Bertumbuk Di Terbuka Kanada 2013 (Video) - Terbakor

Satu pergaduhan telah tercetus di Kejohanan Badminton Terbuka Canada 2013diantara dua pemain Thailand. Pemain Thailand, Maneepong Jongjit telah memukul bekas rakan seregunya, Bodin Issara menggunakan raket.

Kedua-dua pemain tersebut pernah mewakili Thailand pada sukan Olimpik 2012 di London dalam acara beregu dan telah bergaduh semenjak itu apabila Issara memberitahu Jongjit yang dia akan bersara untuk menjaga ibunya yang sakit. Namun, Issara terus mengambil bahagian dalam acara badminton regu dengan rakannya yang lain dan menyebabkan kemarahan Jongjit.
Sebelum perlawanan bermula, kedua-dua pemain telah diberikan amaran oleh umpire kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap satu sama lain sebelum Jongjit menyerang Issara.

No comments: