Saturday 27 July 2013

TERHEBAT !!!! JAWI AKAN HALALKAN 4 GADIS MELAYU SERTAI SEMULA MISS MALAYSIA WORLD 2013....???


Empat gadis Islam yang merupakan finalis Miss Malaysia World 2013 sebelum ini yang digugurkan penyertaan mereka, berkemungkinan besar akan dibenarkan bertanding berikutan kajian semula yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).


Perkembangan terbaru ini disahkan sendiri Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali setelah mengadakan pertemuan rasmi dengan penganjur pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013, Datuk Anna Lim pada Khamis.

"Saya belum membuat keputusan lagi. Tetapi saya akan mengumumkan keputusan kepada umum minggu depan. Keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk dipanggil semula dan mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013." 

Bagaimanapun, pihak penganjur belum dapat membuat keputusan rasmi kerana masih menunggu pengumuman Che Mat berhubung keputusan dari pihaknya yang dijangka akan dibuat sama ada hari Isnin atau Selasa minggu depan.

"Mesyuarat itu berhasil dan pengumuman mungkin boleh dibuat pada awal minggu depan."

Sebagai makluman, pertandingan peringkat akhir Miss World tahun 2013 akan diadakan di negara jiran, Indonesia, manakala nama empat gadis Islam yang digugurkan itu ialah Wafa Johanna De Korte, Sara Amelia Muhammad Bernard, Miera Sheikh dan Kathrina Ridzuan - mStar.

No comments: