Saturday 27 July 2013

NFC SAMAN RAFIZI, FMT DAN TMI

KUALA LUMPUR : Perbadanan Fedlot Kebangsaan (NFC) dijangka menyaman dua portal berita dan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berhubung laporan membabitkan syrarikat itu dan Kirimitonas Agro Sdn Bhd.

Peguam NFC  Wan Shahrizal Wan Ladin berkata dua portal berkenaan adalah The Malaysian Insider dan Free Malaysia Today.

Beliau berkata notis tuntutan sudah pun di keluarkan kepada Raifizi dan FMT manakala tindakan terhadap Insider akan diambil selepas perbincangan dengan NFC.



Artikel yang disiarkan oleh dua portal itu membabitkan cadangan Kirimitonas mengmbilalih NFC. Kirimitonas adalah syarikat usahasama Malaysia-Jepun.

Rafizi dilaporkan mendakwa kerajaan mungkin  terpaksa melunaskan pinjam kepada NFC jika pengambilalihan itu berlaku.

Alasan beliau Aladdin Kirimitonas tidak akan menanggung beban hutang NFC.

NFCorp chairman Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail berkata Kirimitonas bersetuju mengambil alih semua aset dan tanggungan NFC.

"Terma perjanjian jual beli…akan memastikan Kirimitonas akan membeli semua saham NFCorp dan syarikat berkaitan termasuk pinjaman RM250 juta daripada kerajaan,” kata beliau.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya disusuli dakwaan pembangkang bahawa wujud penyelewengan pinjaman kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC.

Rafizi mendakwa sebahagian daripada pinjaman itu digunakan untuk membeli kondominium mewah dan  kereta mewah, sekali gus melanggar terma pinjaman. 

No comments: