Jangan biarkan Quran itu merintih..
Ratahlah sementara lidah masih fasih..
Sedikit penambahan, Antara kelebihan membaca Al-Quran dan Surah-surah yang terkandung di dalamnya:
Dari Abi Umamah r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bacalah olehmu akan Al-Quran, sesungguhnya dia datang pada Hari Kiamat kelak memberi syafaat kepada tuannya”. (HR Muslim)
Dari Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :
“Orang (mukmin) yang mahir membaca al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala ganda.” (HR Muslim)
Surah Al-Baqarah (ayat 255) – Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut.
Surah Al-Dukhan – Sabda Rasulullah S.A.W. “Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi.”
(Al-Tirmidzi)
Surah Al-Mulk – Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur.
Surah Al-Ikhlas – Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.
Beruntunglah orang yang rajin mengaji terutamanya selepas solat farhdu.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : “Barang siapa membaca surah Alam Nasrah , seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”.
Barang siapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta di mudahkan segala keperlunnya dan dimudahkan rezekinya.
Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Di hilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
Barang siapa membaca Alam Nasyrah Sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
Ada bnyk lagi fadilat yang tak terkongsikan....Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment