Wednesday, 10 July 2013

NASH HANGAT BERCINTA DENGAN ANAK DARA..???

.

Selepas bercerai dengan isteri keduanya, yang juga pengasas kosmetik Allahyarham Sosilawati pada 2009, kehidupan cinta Nash lebih senyap. beliau banyak mendiamkan diri. Namun baru-baru ini vokalis kumpulan Lefthanded ni mendedahkan beliau sebenarnya sedang mengenali seorang gadis.
 
Walaupun kedua mereka masih belum melafazkan kata cinta namun Nash dapat rasakan hubungannya dengan gadis yang dikenali sejak setahun lalu itu berada di landasan yang betul.
 
"Antara sebab saya tertarik dengan dirinya adalah melalui nilai kemelayuan yang dibawa dirinya. Selain itu, dia mempunyai keunikan tersendiri untuk menulis diari hidupnya di dalam tulisan jawi, yang pada saya jarang untuk lihat itu di kalangan wanita kini," katanya bapa empat anak ini seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia.
 
Mudah-mudahan hubungan mereka berkekalan dan Nash cepat-cepat menamatkan zaman dudanya sekali lagi. Semoga perkahwinannya juga akan kekal sehingga ke akhir hayat. MD

No comments: