Sunday 14 July 2013

BAPA PENJAGA GOL DITUDUH MEROGOL...???


Bapa kepada penjaga gol Arsenal Wojciech Szczesny telah ditangkap kerana disyaki merogol seperti yang didedahkan akhbar UK semalam.

Maciej Szczesny, 48, telah disoal selama dua hari selepas seorang wanita 30 tahun membuat dakwaan kepada pihak polis.

Jurulatih penjaga gol dan bekas pemain tersebut telah ditahan di Wolominie, Poland, di mana seorang jurucakap polis berkata, "Dakwaan akan diteliti dengan berhati-hati."

Szczesny Snr adalah penjaga gol utama Poland dan satu-satunya pemain untuk memenangi kejohanan kebangsaan dengan empat kelab yang berbeza.

Bintang EPL Wojciech, 23, juga antarabangsa Poland tidak dapat dihubungi untuk mengulas.

No comments: