Sunday, 14 July 2013

KLIA JADI PERKAMPUNGAN HARAM....???



Apakah yang dapat anda fahami dari pendedahan The Star( 13 dan 14 Julai) mengenai seorang pendatang haram  rakyat Plasestine Ahmed Kanan dapat  menjadikan KLIA sebagai rumah tangganya  hampir dua bulan  kerana tidak boleh memasuki negara ini tanpa dipedulikan oleh semua pihak yang bertanggungjawab..

Pendedahan The Star ( 13 dan 14 Julai) adalah untuk  kemanusiaan tetapi   telah berjaya membongkar dari aspek  kelemahan jentera kerajaan yang terlibat dengan  keselamatan pintu masuk ke nagara ini terdiri dari : MAHB,Imigerasi, Polis dan  semua  pihak yang terlibat  dengan keselamatan di KLIA.


Oleh kerana Ahaed  dari Palestine tidak seharusnya menjadi sentimen  kemanusiaan rakyat Malaysia kerana apa yang berlaku jika difikirkan dari semua aspek keselamatan negara amat  menggerunkan. Bagaimanakah Pengurus Operasi  MAHB tidak menyedari pekara ini sedangkan semua pegawai di bawahnya melihat dan juga  berbagai pihak  memberikan makan dan bantuan kepadanya setiap hari.Dia juga menggunakan  kemudahan di situ untuk mandi manda dan lain lain. Adakah Pengurus ini  tidak dimaklumkan oleh pegawai pegawainya.Kalau demikian sungguh cekap pegawai pegawainya.

Dari cerita yang didedahkan oleh The  Star  ternyata Ahmad  seorang kembara musafir  yang mencari peluang untuk mencari negara yang selamat baginya  tinggal secara halal haram. Dia mendakwa telah menjadi pelajar pelancongan selama setahun di Russia dan dihalau keluar setelah tamat visa pelancong  dan dia juga mencuba nasib yang sama menerusi kawan yang sedia ada di Melaka tetapi telah tidak diterima untuk  memsuki UiTM Melaka.

Barangkali Ahmed Kanan seorang yang kurang bernasib baik kal ini tetapi berapa banyak sepertinya terlepas di bawah ketidak cekapan  berbagai pihak dan juga kerana korupsi ?

 Pendedahan The Star  telah menarik perhatian   Duta Palestine di Malaysia dan juga perhatian serta merta  Ketua Pengarah Imigrasi Malaysia Datuk Alias Ahmed yang tidak mungkin kekurangan  kakitangan  untuk memberitahunya lebih dahulu dari The Star. Untuk  mengetahui  cerita sepenohnya bacalah The Star  13 dan 14 Julai lalu.

Mungkin kerana sentimen terdapat kecendorongan  rakyat Malaysia terutama yang berugama  Islam untuk memberikan  simpati kepada Ahmed  tetapi ini bukan soal perjuangan Palestine tetapi seorang rakyat Palestine yang  lari dari negaranya dan yang paling pokok  yang harus kita persoalkan ialah  kecekapan dan keupayaan keselamatan KLIA dan seluruh jentera  kerajaan.

Ini bukanlah soal remeh temeh  tetapi berita mengenainya tentunya telah tersebar keseluruh dunia  bahwa KLIA  boleh dijadikan rumah tangga selesa berhawa dingin  kepada  musafir haram  dari seluruh dunia terutama dari negara negara miskin dan bermasalah kerana di sini ramai yang sedia  membantu. 

Pengganas, pengkhianat , penyamun ,penyeludop juga boleh mengambil kesempatan untuk berumah tangga di KLIA untuk membuat juga penelitian dan kajian yang diperlukan..

Anggota anggota Parlimen tidak seharusnya mendiamkan pekara ini bagitu sahaja. Ini adalah pekara yang seirus yang memalukan negara dan juga ancaman kepada keselamatan.

Inilah negara kita yang kita cintai.... ZAMKATA

No comments: