Sunday, 14 July 2013

NAJIB SEDANG BERMAIN KAYU TIGA .....???



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah merugikan Malaysia dan menyifatkan TPPA sebagai "perkongsian yang tidak sama rata".
 
"Apabila penyangak mata wang menyerang kita dengan tujuan untuk mendapatkan kawalan ke atas ekonomi kita, kita menentangnya kerana pada masa itu kita masih bebas.

"Tetapi selepas kita menandatangani TPPA, kaki dan tangan kita akan terikat. Tiada lagi kawalan modal. Kami akan dijajah lagi. Presiden Sukarno memang betul tentang neo-kolonialisme," tulis Mahathir dalam blog beliau kelmarin. 


Beliau menyifatkan TPPA sebagai "satu percubaan" Amerika Syarikat untuk membolehkan syarikat-syarikat besar mereka menembusi pasaran domestik negara-negara kecil, khususnya dalam perolehan kerajaan. 


Percubaan sebelumnya, menurut Mahathir, adalah melalui Perjanjian Am Mengenai Perdagangan dan Tarif (GATT), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec).
Sehubungan itu, Mahathir menggesa kerajaan persekutuan untuk menunjukkan ketelusan mengenai rundingan TPPA dan abaikan kata-dua supaya memuktamadkan rundingan mengenainya pada Oktober.

Mahathir berkata, beliau tahu bahawa MITI sudah bersedia untuk bersetuju dengan TPPA dan tidak akan melayan hujah-hujah sebaliknya. - MK


Sanggupkah rakyat Malaysia, khususnya bumiputera bangkit menyatakan untuk tidak bersetuju dengan langkah kerajaan Malaysia yang kembali bersetuju setelah pernah menyatakan kerajaan tidak akan meneruskan rundingan TPPA?

Bagaimana untuk bangkit jika majoriti rakyat tidak faham apa "menatangnya" TPPA ini?

 Jika TPPA ini menjadi kenyataan, sudah pasti rakyatlah yang akan menerima kesan langsung. Jadi kenapa rundingan dilakukan secara sulit? Kenapa kerajaan tidak berterus-terang dengan rakyat?

Jelas sekali kerajaan sedang bermain kayu tiga dengan rakyatnya sendiri.

Sepatutnya dalam hal-hal yang sebeginilah rakyat patut bangkit menentang. Bukan bangkit menentang di atas perkara yang diada-adakan seperti kebocoran maklumat palsu 40 ribu bangla impot.

Kenapa perundingan sulit hal yang boleh memberi implikasi besar terhadap eko-sistem ekonomi negara ini tidak dapat dihidu oleh pembangkang atau NGO-NGO seperti SUARAM, SAMM dll?

Dengan bersandarkan maklumat palsu pun pembangkang boleh keluarkan puluhan ribu rakyat untuk menyatakan penentangan. Kenapa pembangkang yang diketuai Anwar tidak gunakan "isu besar lagi benar" ini untuk mengheret rakyat berhimpun dan membuat roadshow menyatakan penentangannya terhadap langkah sulit kerajaan untuk menandatangani perjanjian TPP?

Sepatutnya pembangkang bertindak sebagai "check and balance" secara berkesan terhadap isu nasional seperti ini. Barulah pembangkang negara ini boleh duduk setaraf dengan pembangkang di negara yang telah maju demokrasinya. 

Dengan memperjuangkan idea dan hujah terhadap isu-isu berkepentingan nasional, barulah pembangkang akan lebih dihormati oleh rakyat. Jika mahu membuktikan pembangkang layak untuk mentadbir negara mereka harus menukar mentaliti mereka agar menjasi pembangkang yang konstruktif dan berwibawa.

Jika sekadar bergantung jepada isu sentimen, maklumat palsu dan kaedah menghasut, memainkan isu agama isu perkauman dll isu sensitif, sampai bila-bila pun pembangkang di negara ini tidak akan mampu menjadi kerajaan alternatif menggantikan BN walaupun BN dipimpin oleh pemimpin lemah dan dayus.

Lainlah kalau pembangkang berjaya membangkitkan budaya menjatuhkan kerajaan ala-arab spring. Itupun pembang harus mendapatkan segala sokongan samada propaganda media, sokongan kewangan dan tektikal yang berkesan dari Amerika.

Jika setakat dana Soros semata-mata, sudah terbukti pembangkang telah beberapa kali gagal.

No comments: