Friday 28 June 2013

BENJY TUMBUK KEPALA JURUGAMBAR, BERANG RAKAM GAMBAR KENA TANGKAP...!!!

Ramai peminat dunia hiburan Malaysia semalam terkejut dengan berita penahanan Benjy atau nama sebenar Khaeryll Benjamin Ibrahim untuk kali kedua berkaitan salah guna dadah.
Benjy telah di’bawa ke Mahkamah Majistret Ampang untuk mendapatkan perintah tahanan reman dan ketika berjalan berhadapan sekumpulan jurugambar, pelakon ini telah bertindak agresif.

Anak dramatis veteran Azean Irdawaty itu mulanya dilihat cuba menutup wajah dan menghalang beberapa jurugambar dari merakam gambarnya ketika keluar dari bilik mahkamah sebelum bertukar agresif.
Laporan Utusan Malaysia menyebut yang Benjy telah bertindak menumbuk kepala seorang jurugambar sebuah syarikat akhbar dan turut menepis beberapa kamera jurugambar lain.
Benjy telah dikenakan tahanan reman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 akta sama. - ROTIKAYA

No comments: