Friday, 28 June 2013

TAHUKAN ANDA... GADIS INI BENAR-BENAR MENANGIS AIRMATA DARAH...!!!

Jika sesuatu perkara yang menyakitkan hati berlaku kepada kita.... antara ayat yang biasa kita sebutkan sebagai melepaskan geram adalah "Menangis airmata darah sekalipun, aku takkan kembali kepadanya". Menangis airmata darah disebut sebagai menggambarkan sesuatu yang mustahil akan berlaku.

Tahukah anda.... ada seorang gadis.... telah benar-benar menangis airmata darah !!!!


Yaritza Oliva mengejutkan doktor apabila menangis air mata darah. - AGENSI

PURRANQUE, Chile 27 Jun - Seorang gadis di Chile mengejutkan doktor perubatan apabila dia dilaporkan menangis air mata darah.

Yaritza Oliva, 20, memberitahu, keadaan pelik tersebut mula berlaku pada awal bulan ini dan sejak itu matanya boleh mengeluarkan darah beberapa kali dalam tempoh sehari.

Jelasnya, dia cuba mendapatkan rawatan daripada doktor, namun hanya dibekalkan ubat titis mata selepas matanya didapati tidak menghadapi jangkitan.

"Doktor hanya memberi saya ubat mata untuk mengurangkan kesakitan," katanya.

Oliva berkata, setiap kali menangis air mata darah, dia akan merasa terlalu sakit.

Ibu dan bapa gadis itu yang muncul dalam rancangan berita televisyen tempatan, memohon jasa baik orang ramai untuk menderma kepada mereka bagi menampung kos rawatan Oliva.

Berdasarkan keadaannya, Oliva dikatakan mengidap penyakit yang jarang berlaku iaitu haemolacria yang menyebabkan pesakit mengeluarkan air mata darah.


Buat masa ini, hanya ada tiga kes sama dilaporkan, berpunca daripada paras tinggi hormon kesuburan wanita atau mungkin merupakan tanda-tanda penyakit serius dan barah. - AGENSI

No comments: