Hiasan
2. Umum mengetahui bahawa tuduhan pengundi BANGLA merupakan satu fitnah. Malah beberapa pengundi berkulit gelap yang ditahan oleh penyokong pembangkang bukan pengundi hantu tetapi rakyat Malaysia berketurunan India atau India Muslim. Namun, Pemuda MIC atau KIMMA tidak nampak bangkit memperjelaskan kepada kaum India bahawa pembangkang telah bertindak RASIS dengan mengatakan bahawa yang gelap itu rakyat Asing. SungguhGENTLEMAN...
3. Dalam bab serang menyerang pembangkang sudah di OUTSOURCEKAN kepada NGO atau Blogger. Hanya beberapa orang pemimpin Pemuda BN yang kelihatan LANGSI dan terkeluar dari arus POLITIK GENTLEMAN seperti YB Khairy, Tun Faisal, Saudara Razlan, Sheik Hussein Mydin dan beberapa pemimpin lain yang lebih kehadapan. Oleh kerana terlalu GENTLEMAN, macai yang tak habis belajar macam Adam Adli lebih popular dari GENTLEMAN dalam Pemuda BN terutamanya dalam parti komponen BN yang lain. Blogger seperti Shizone atau Shen Yee Aun lebih vokal dan popular dari pemimpin yang mengamalkan POLITIK GENTLEMAN.
4. MyMassa rasa amalan POLITIK GENTLEMAN tak salah cuma kurang sesuai apabila berhadapan dengan musuh seperti Anwar Ibrahim yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan musuh. Rahsia kenapa pembangkang dilihat rakyat lebih dominan adalah kerana mereka bekerja sejak hari pertama selepas keputusan PRU diumumkan. Mereka tidak akan berhenti selagi musuh mereka tidak ditumbangkan di Putrajaya. Anda boleh lihat bagaimana Pemuda DAPSY, PAS dan AMK telah mula menyerang Kerajaan dengan pelbagai isu walaupun Pilihan Raya hampir sebulan berlalu.
5. DAP telah mula mendaftarkan pengundi baru sebagai persediaan menghadapi PRU 14. Adakah kita mahu lihat rekod pendaftaran pengundi seperti ini akan berulang?
BACA SELANJUTNYA..... DI SINI
No comments:
Post a Comment