Thursday, 30 May 2013

DR. KHIR TOYO, BEKAS MB SELANGOR YANG DIHERET KE PENJARA....


Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan bersalah terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bagi tuduhan rasuah yang berkaitan dengan pembelian dua lot tanah berharga RM3.5 juta yang dikatakan sebagai dibawah harga pasaran dan sebuah rumah di Shah Alam, semasa menjadi penjawat awam.


Keputusan oleh Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin itu dibuat sebulat suara. Panel hakim lain ialah Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Aziah Ali.

Hakim Azahar, ketika membaca penghakiman itu, berkata mereka mendapati tidak ada keperluan untuk mengganggu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohtaruddin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) apabila beliau menolak semua alasan rayuan yang dikemukakan oleh peguam Khir.

"Berdasarkan rekod rayuan, kami berpuas hati untuk menolak rayuan itu kerana kami merasakan bahawa perayu harus didapati bersalah seperti yang didakwa.

"Hakim perbicaraan adalah betul untuk mensabitkan tertuduh terhadap pertuduhan melampaui keraguan yang munasabah," katanya.

Khir diwakili oleh Muhammad Shafee Abdullah.

Mahkamah Tinggi, pada 23 Disember 2011, menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas khir dan melucuthak harta tersebut.


Pembaca masih ingat lagikah dengan bekas Menteri Besar Selangor era 70an, Allahyarham Dato' Harun Idris yang juga telah menjalani hukuman penjara kerana berdepan dengan kes rasuah semasa masih menjawat jawatan tersebut..



Lihat gambar di atas. Meskipun tidak lagi menjadi Menteri Besar dan Ketua Pergerakan UMNO Malaysia, Dato' Harun tetap diiringi oleh para penyokong setianya ke mahkamah. Malah, para penyokong-penyokong Harun berkawal di kediamannya untuk menghalang pihak berkuasa membawanya ke penjara.

Hingga dikatakan bahawa Harun telah dengan rela dan telah dibawa melalui pintu belakang tanpa disedari serta melepasi kawalan para penyokongnya. Adakah para penyokong Dr. Khir seperti itu... berkawalkah mereka di kediaman beliau..???


Kelebihan Harun ialah beliau tetap menang jawatan Naib Presiden UMNO meskipun masih berada dalam penjara dan akhirnya telah mendapat ehsan pengampunan Diraja.


No comments: