MARI KITA FIKIRKAN BERSAMA..... :
- Mari kita ingat pasal DP Vijandran, Tan Sri Rahim Thamby Chik, S. Assamaley, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Chua Soi Lek.
- Siapa mereka? Mereka semua dikaitkan dengan skandal seks dan karier politik mereka berkubur kemudiannya. Ya, ramai diantara kita tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan, kerana kita mahu mereka disebat, direjam dan kemudian diseret telanjang bulat di khalayak ramai sebab mereka adalah pemimpin yang tidak bermoral, kata kita
- Kita desak pelbagai suruhanjaya. Kita desak pelbagai siasatan dan kita desak mereka dihukum.
- Kes skandal rakaman video aksi seks DP Vijandran menjadi hangat pada tahun 1989. Vijandran yang merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan bekas Setiausaha Agung MIC kemudian melepaskan semua jawatannya sebelum dijatuh hukuman pada 1996. Vijandran merayu dan menang tetapi karier politiknya berakhir.
- Tan Sri Rahim Thamby Chik pula disabitkan kesalahan kerana kononnya mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis bawah umur. Gadis itu membuat laporan polis terhadap 25 orang lelaki dan 11 daripada mereka di dapati bersalah. Pada tahun 1994, Rahim disahkan bebas dari sebarang pertuduhan seperti yang dihebahkan tetapi karier politiknya berakhir.
- Tan Sri Abu Hassan Omar ketika menjadi Menteri Besar Selangor telah berdepan dengan khabar angin yang mengatakan beliau mempunyai anak luar nikah dengan kakak iparnya. Berita itu tersebar menerusi satu artikel dari tabloid di Indonesia. Abu Hassan meletakkan jawatan atas alasan kesihatan dan karier politiknya berakhir.
- Pada 2007, Menteri Kesihatan Chua Soi Lek meletakkan jawatannya dan mengakui dia adalah lelaki di dalam video skandal seks di Johor. Chua Soi Lek tidak bertanding pada pilihanraya 2008 dan juga tidak akan bertanding dalam PRU Mei’13.
- Pada pertengahan 1990 an, pembangkang meniup kencang khabar angin mengenai moral Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri. Pemimpin pembangkang dari PAS menggelarkan Timbalan Perdana Menteri itu sebagai ‘al juburi’ dan menggesa siasatan dibuat. Timbalan Perdana Menteri itu ialah Anwar Ibrahim. Beliau dipecat dari menjadi Perdana Menteri dan kemudian dibuang dari UMNO.
- Apa jadi kepada Anwar selepas itu? Anwar dipikul dan dijunjung oleh pembangkang sehingga ke hari ini.
- Sejak Anwar menjadi ketua pembangkang, sahabat Anwar sendiri telah mengeluarkan rakaman video yang didakwa menunjukkan Anwar sedang mengadakan hubungan seksual dengan seorang perempuan cina.
- Selepas itu keluar juga beberapa foto dan video mendakwa Anwar dengan beberapa lelaki dalam keadaan intim. Anwar terus terselamat kerana kita kata bahawa video dan foto itu tidak perlu disiasat dan ia hanyalah untuk menjatuhkan Anwar.
- Kemudian keluar pula foto-foto intim orang kanan Anwar dengan seorang perempuan di ruang tamu dan di dalam bilik air. Kita kata tak perlu siasat. Itu semua palsu.
- Semalam, kita digegarkan pula video hubungan seks seorang lelaki yang sebijik menyerupai setiausaha agung Parti Islam SeMalaysia (PAS). Segera kita kata tak perlu siasat. Tak ada apa hendak diceritakan dan itu semua palsu.
- Ini semua politik longkang. Ini semua salah UMNO. Bagaimana dengan Vijandran, Rahim Tamby Chik, Abu Hassan Omar dan Chua Soi Lek? Itu salah siapa? Kenapa kita kena siasat mereka itu?
- Kita sebenarnya hipokrit paling besar dan paling layak dimasukan ke dalam neraka jahanam kerana sifat bermuka-muka kita.
- Tetapi kalau kita mahu memilih syurga, maka kita perlu beri keadilan kepada diri kita sendiri. Hentikan kepura-puraan kita. Allah beri kita mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan akal untuk berfikir. Kita tidak perlu menjatuh hukum tetapi kita perlu berlaku adil. sumber
•
Pembangkang selama ini sering menuduh pemimpin-pemimpin BN sebagai
tidak bermoral dan kerap diselubungi skandal. Setiap kali timbul
kontroversi tentang pemimpin BN, mereka akan terus mempercayai setiap
berita atau fitnah yang dilemparkan.
• Apabila terkena batang hidung sendiri, mereka pasti terus menafikan segala pertuduhan, dan ditambah pula dengan tuduhan melulu bahawa setiap skandal yang didedahkan adalah konspirasi yang didalangi oleh UMNO & BN.
• Video Mustafa Ali yang tersebar di internet juga turut dinafikan. Mereka sebaliknya menuduh UMNO yang terlibat dalam pembikinan dan pengedaran video tersebut, walhal video tersebut disebarkan di Terengganu dan dua orang ahli PKR ditangkap polis untuk siasatan lanjut.
• Apabila terkena batang hidung sendiri, mereka pasti terus menafikan segala pertuduhan, dan ditambah pula dengan tuduhan melulu bahawa setiap skandal yang didedahkan adalah konspirasi yang didalangi oleh UMNO & BN.
• Video Mustafa Ali yang tersebar di internet juga turut dinafikan. Mereka sebaliknya menuduh UMNO yang terlibat dalam pembikinan dan pengedaran video tersebut, walhal video tersebut disebarkan di Terengganu dan dua orang ahli PKR ditangkap polis untuk siasatan lanjut.
***Masihkah anda mahu memilih mereka yang tidak bermoral itu menjadi pemimpin anda... ??Jika anda senang hati menuduh dan mengata orang yang tidak anda sukai dengan tuduhan yang sangat menyakitkan, aku minta....anda renung dan cermin2lah diri anda jika tuduhan itu berbalik kepada diri anda pula....
1 comment:
MAKLUMAT VIDEO SEKS MUSTAFA ALI SENGAJA DIBOCORKAN PADA PIHAK UMNO – SUARAPAKATANRAKYAT.COM
PENULIS sebenarnya tidak begitu gemar menulis perkara yang bakal didedahkan di bawah ini kerana ianya jelas tidak akan membantu perjuangan Pakatan Rakyat dan parti komponennya mencapai kemenangan dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Tapi demi matlamat perjuangan yang lebih besar, penulis rasa terpanggil untuk mendedahkan perkara ini sebelum ianya menjadi barah yang bakal memusnahkan Pakatan Rakyat dari dalam.
Sumber memaklumkan kepada penulis akan tindakan segelintir pemimpin dalam PAS (yang biasa digambarkan UMNO sebagai golongan ‘Anwarinas’), yang mengugut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali dengan ugutan berbaur ‘pendedahan memalukan’ untuk memaksa beliau memberikan sokongan kepada ketua Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada pemerhatian golongan ini, Mustapha Ali adalah satu-satunya pemimpin kanan PAS yang masih tinggal serta tidak sehaluan dengan perjuangan Anwar dalam Pakatan Rakyat setelah Hasan Ali (dipecat) dan Nasharudin Mat Isa (dikalahkan untuk jawatan Timbalan Presiden).
Malah dikatakan bahawa Mustapha Ali secara terbuka menolak Anwar sebagai ketua Pakatan Rakyat tapi hanya bersetuju Anwar sebagai Perdana Menteri, jika Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang.
Tindakan Mustapha Ali dilihat bakal menggagalkan kesatuan dan kesepaduan Pakatan Rakyat sebagai sebuah komponen politik yang mampu memberikan cabaran kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya akan datang. Apatah lagi bila Mustapha Ali juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Maka itu golongan ini berpendapat, sesuatu perlu dibuat agar Mustapha Ali akan sentiasa mengikut telunjuk mereka dan pendekatan yang dipilih ialah dengan memanipulasi ‘kelemahan’ Setiausaha Agung PAS tersebut.
‘Kelemahan’ Mustapha Ali yang disebutkan di atas itu ialah merujuk kepada ‘kegemaran’ pemimpin tersebut menggunakan khidmat China Doll.
Difahamkan bahawa banyak maklumat mengenai aktiviti ‘gelap’ Mustapha Ali ini telah diketahui dan kini menjadi bualan panas di kalangan pemimpin tertentu dalam Pakatan Rakyat.
APATAH LAGI BILA PENULIS MENDENGAR, SEBAHAGIAN DARIPADA MAKLUMAT INI TELAH DIBOCORKAN DENGAN SENGAJA KEPADA UMNO UNTUK DIGUNAKAN DALAM KEMPEN PILIHANRAYA UMUM AKAN DATANG, BERTUJUAN MENAMBAHKAN TEKANAN KEPADA MUSTAPHA ALI.
Disebutkan juga bahawa, jika Mustapha Ali masih berkeras menolak kepimpinan Anwar, golongan ini akan memastikan semua media PAS tidak mempertahankan beliau dalam menghadapi serangan dari UMNO tersebut.
Itulah strateginya yang telah dirancang golongan berkenaan dan disampaikan kepada penulis. Sejauh mana benarnya dakwaan ini, penulis tidak pasti.
Walaupun penulis mengalu-alukan sokongan tidak berbelah bagi dari parti komponen Pakatan Rakyat terhadap Anwar, itu tidak bermaksud penulis ‘redha’ dengan pendekatan seumpama ini.
Penulis pernah merasa sendiri jerit perit mempertahankan Anwar dalam finah video seks yang didedahkan Trio Datuk T dahulu, dan penulis tidak mahu ada lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang berdepan dengan situasi yang sama.
Dalam masa yang sama juga, penulis menggesa Mustapha Ali tampil dengan kenyataan menafikan ada terlibat dalam perbuatan seumpama itu, dengan kadar yang segera kerana setelah mendengar sendiri dari sumber, penulis yakin ada asas untuk beliau menjawab.
Post a Comment