Tuesday 16 April 2013

ABDUL GHANI OTHMAN VS LIM KIT SIANG DI PARLIMEN GELANG PATAH


JOHOR BHARU: Pengerusi Barisan Nasional Johor, Datuk Abdul Ghani Othman hari ini digalaskan oleh Barisan Nasional untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah sekali gus menentang calon dari pembangkang yang meletakkan penasihat DAP Lim Kit Siang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengumuman itu dibuat sebentar tadi dalam satu Majlis Pelancaran Manifesto BN dan Pengumuman Calon-calon BN Negeri Johor, PRU13.“Bagi P162. Kawasan, Gelang Patah, Datuk Abdul Ghani Othman,” kata Setiausaha Kerja Umno dan BN, Ramli Bohani.

Pengumuman itu disambut tepukan gemuruh oleh semua penyokong dan pemimpin BN yang hadir tadi sebagai memberi sokongan padu kepada Ghani untuk terus mempertahankan Johor dari dijajah pembangkang yang kini nekad mahu menawan Johor.

Sementara itu, terdapat muka-muka baru turut digandingkan dengan muka-muka lama bagi memantapkan BN Johor dalam memastikan BN terus kekal sebagai negeri simpanan kekal di negeri itu.

“Untuk melaksanakan janji  kerajaan negeri dan janji kerajaan Barisan Nasional di mana calon-calon BN yang diketengahkan adalah untuk melaksanakan janji-janji tersebut untuk tenpoh lima tahun akan datang.

“Kita telah senaraikan yang terbaik yang BN kemukakan, saya lihat dari segi peratusannya bila kita lihat keseluruhannya, lebih kurang 46 peratus muka baru, campur semua sekali daripada 26 campur 56, kesemuanya ada 62 calon, dekat 50 peratus adalah calon muka baru,” katanya.

Ghani selain itu berkata BN Johor bertekad mempertahankan 26 kerusi Parlimen di negeri ini yang sekali gus memberi sumber kekuatan kepada BN untuk mengekalkan perkhidmatan kepada rakyat.

Untuk rekod, sokongan rakyat Johor terhadap BN kukuh sejak dahulu lagi apabila memenangi 232 daripada 234 kerusi parlimen yang dipertandingkan sejak 1959.

Rekod itu mencerminkan Johor merupakan kubu kuat BN yang bukan datang dengan sendirinya tetapi menerusi perpaduan, kegiatan bersama rakyat sepanjang tahun, kerja keras dalam setiap pilihan raya serta perkhidmatan yang amat meyakinkan rakyat.

Malah Ghani dalam wawancara khas bersama Antarapos sebelum ini berkata BN Johor kini sudah menempuh 12 pilihan raya umum sejak merdeka. Hanya dua kali kita kehilangan kerusi Parlimen iaitu di Kluang pada 1978 dan Bakri pada 2008.

Malah beliau yakin BN Johor akan terus beraksi cemerlang bukan sahaja di kerusi Parlimen tetapi di Dewan Undangan Negeri turut cemerlang berdasarkan rekod pencapaian BN pernah memenangi 459 kerusi daripada 576 yang dipertandingkan sepanjang tempoh itu.  SUMBER

1 comment:

MSI said...

dari segi logik kit siang boleh menang di pasir gudang kerana jumlah pengundi cina disitu jauh lebih banyak dari pengundi Melayu. Orang cina akan mengundi orang cina dan itu sudah cukup untuk memberi kemenangan kepada dia. Apa pon this is not the first time you get what you want or do not want. Waallahu a'alam..