Thursday, 18 April 2013

DOKUMEN KEMASUKAN POLIS DIPALSUKAN...???


Hiasan

POLIS PERAK SIASAT PEMALSUAN DOKUMEN KEMASUKAN POLIS

Polis Perak sedang menyiasat aduan penipuan dokumen tawaran kemasukan konstabel polis serta pemalsuan tanda tangan Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan oleh seorang pengawal keselamatan. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Perak, Supritendan Maszely Minhad, berkata pihaknya sedang menunggu hasil siasatan menyeluruh berhubung aduan seorang gadis berusia 18 tahun yang mendakwa sebagai anak saudara kepada Thaiveegan. 
Maszely berkata, dalam kejadian 8 Januari lalu, suspek yang juga teman lelaki kepada kakak mangsa mendakwa mampu meluluskan permohonan mangsa bagi kemasukan sebagai konstabel polis. 
"Suspek memalsukan borang kemasukan jawatan polis, surat tawaran kemasukan latihan polis dan surat jawapan pemeriksaan perubatan polis selain membuat satu dokumen palsu kelulusan tawaran dikeluarkan IPD Bukit Aman.  
"Selain itu, tanda tangan Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam juga terdapat pada surat tawaran kemasukan yang dipalsukan. Bagaimanapun tanda tangan berkenaan tidak menyerupai tanda tangan sebenar beliau (Paramasivam), " katanya. 

No comments: