Saturday, 20 April 2013

AKHIRNYA....KAMILIA BERTANDING BEBAS, DIPECAT SERTA MERTA DARI PARTI....


Itulah nilai perjuangan Kamilia Ibrahim selama ini....

Sebelum dipecat secara rasmi, Kamilia Ibrahim telah meletakkan semua jawatannya dalam UMNO secara rasmi bermula pada hari ini setelah mencalonkan dirinya sebagai CALON BEBAS di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Kamilia difahamkan begitu kecewa kerana tidak tercalon di kerusi berkenaan menggantikan penyandangnya, Rafidah Aziz. Barisan Nasional sebaliknya mencalonkan Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad. Manakala PAS pula mencalonkan bekas ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah.

Alasan Kamilia bagi tindakannya itu ialah, UMNO telah mengenepikan Wanita, walaupun di serata tempat lain, terdapat ramai calon dari Wanita UMNO. Sama seperti Anwar Ibrahim, Kamilia cuba memberikan persepsi kononnya dia adalah mewakili keseluruhan Wanita UMNO.

Menarik nih!!!

Tahniah buat Kamilia Ibrahim kerana berjaya menjatuhkan dirinya sendiri, terutama cita-citanya untuk merebut jawatan Ketua Wanita UMNO pada Pemilihan Agung UMNO tidak lama lagi. Walaupun dia tidak meletakkan jawatannya secara rasmi, secara rasmi juga, Kamilia Ibrahim telah dipecat dari parti secara automatik selaras dengan Perlembagaan parti berkenaan.


1 comment:

Anonymous said...

Ape le yg seronok sangat jadi calon ni... heghan akuu...