Tuesday, 12 March 2013

TANGKAL KEBAL PENGGANAS SULU PENDINDING MAUT...???


Bilangan penceroboh militan yang terbunuh dalam Operasi Daulat membuktikan mereka sebenarnya tidak kebal, sepertimana yang diperkatakan.

"Ini terbukti apabila pasukan keselamatan menembak mati 54 orang daripada mereka," kata Penolong Ketua Urusetia Pejabat Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), ACP Ramli Mohammed Yusoff pada Isnin.







Beliau berkata, cerita mengenai kekebalan penceroboh Sulu itu menjadi percakapan ramai apabila tersebar di laman sosial gambar mereka yang terbunuh memakai tangkal dan kain berwarna kuning pada badan. Ramli berkata, penggunaan tangkal itu mungkin untuk meyakinkan pengikut kumpulan berkenaan bahawa tindakan mereka kononnya adalah jihad.


Tangkal bertulisan Arab dipercayai ayat al-Quran dan al-Quran kecil yang dipakai serta dibawa sepanjang masa oleh pengganas Sulu kononnya untuk menjadi kebal, ternyata tidak berkesan apabila 54 daripada mereka mati ditembak di dua lokasi berasingan di Lahad Datu dan Semporna sejak 1 Mac lalu.

Tangkal terbabit ditemui ketika pemeriksaan pada mayat pengganas oleh pasukan keselamatan. Buku kecil bertulisan Arab dipercayai al-Quran kecil yang diikat dengan tali dan dililit di pinggang.


The Lion Of Sulu akhirnya tumpas dengan peluru, ternyata tangkal yang mereka agungkan tidak mampu menangkis peluru tidak bermata..... heh!

Malah tangkal itu difahamkan turut ditemui pada mayat seorang daripada pengganas yang ditembak pada 6 Mac lalu di Kampung Tanduo di sini, dan amat menyedihkan tangkal itu dipakai di celah kelangkang.

"Hakikatnya hanya ilmu pengetahuan yang mampu memberikan kita kepandaian dalam mempertahankan negara dan bukan ilmu tahyul yang menyempitkan akal kita," katanya. - BERNAMA

3 comments:

Megat Alam Gempita said...

Lagi kenyataan bukti penglibatan Anwar dan anaknya Nurul Izzah dalam komplot di Lahad Datu. Plot yang dirancang cukup kemas namun terbongkar jua.
“Pengambilan anggota polis baru akan dibekukan sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihanraya Umum ke 13”. - Nurul Izzah a/p Anwar Ibrahim, ceramah Pakatan Rakyat di Batu Gajah, Perak Sabtu, 1 Dis. 2012. Esoknya; 2 Dis. 2012, Anwar ligat nyanyi “Tanya Sama Pokok...Sabah Nak Hilang”!
“Anggota Polis itu dah cukup, tapi semuanya tak payahlah hendak jadi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kot!... Kita pastikan (mereka) jadi investigating officer (pegawai penyiasat), menyiasat kes jenayah apa yang berlaku di taman-taman dan kawasan perumahan”. - Nurul Izzah a/p Anwar Ibrahim - ceramah Pakatan Rakyat di Batu Gajah, Perak pada Sabtu, 1 Dis. 2012.
“Semua polis itu ramai, kebanyakkan besar dihantar jadi polis hutan, General Operation Force (Pasukan Gerakan Am - PGA) untuk lawan komunis dulu…you do not need!” – Nurul Izzah a/p Anwar Ibrahim, ceramah PKR di Lucky Garden, Bangsar, KL Sabtu, 16 Feb. 2013 – 2 hari selepas pembongkaran cerita penceroboh Lahad Datu oleh media!

Pahlawan Melaka said...

Dia nak import askar Israel kot jaga Msia????

Intan said...

MALANGNYA.... PENYOKONG2 TEGAR ANWAR IBRAHIM LANGSUNG X PERCAYA.
MEREKA TETAP MENGATAKAN BAHAWA INI ADALAH KONSPIRASI UMNO....
MALAH MEREKA MEMPERSOALKAN... ATAS KEPENTINGAN APA JIKA ANWAR YANG MENCIPTA KONSPIRASI TU.
TIDAK KAH MEREKA TAHU... BAPAK KONSPIRASI KAT MALAYSIA NI ADALAH ANWAR IBRAHIM DAN DIA AKAN MENGGUNAKAN APA SAJA CARA ASALKAN MATLAMATNYA KE PUTRAJAYA TERCAPAI...ANWAR TAK PERNAH PEDULI APA JADI PADA RAKYA NEGARA INI....!!!