Tuesday 12 March 2013

JOM..! TENGOK FILEM AKSI WANITA GUNAKAN PA*UDARA SEBAGAI SENJATA...!!!

Unic29 - Senjata Payudara

Filem aksi terbaru yang banyak memaparkan aksi keganasan dalam adegannya ini menampilkan pelakon utama wanita menggunakan senjata api di bahagian payudaranya. Fuhhh! Hebatnya.....!!!
Tapi.....benarkah?
Filem pertempuran yang berjudul Machete Kills ini merupakan sekuel dari filem Machete yang ditayangkan tiga tahun lalu.
Yang menariknya adalah mengenai seorang pelakon wanitanya, Sofia Vergara, yang menghiasi poster tersebut dengan senjata di bahagian payudaranya yang menyerupai sebuah mesih.
Berbeza dengan jalan cerita di filem pertama, plot sekuelnya ini berkisar tentang watak utamanya, yakni Danny Trejo yang kembali menjadi bekas agen Federal ‘Machete’. Ia direkrut oleh Presiden Amerika Syarikat untuk misi yang cukup mustahil.
Trejo dikehendaki menamatkan riwayat seorang revolusioner gila dan miliarder eksentrik ajen penjualan  senjata yang telah merentas rencana untuk menyebarkan perang dan anarki di seluruh planet.
Filem yang diarahkan oleh Robert Rodriguez ini menampilkan sejumlah bintang ternama sebagai pelakonnya, iaitu Danny Trejo, Michelle Rodriguez, Mel Gibson, Jessica Alba, Sofia Vergara, Amber Heard, Antonio Banderas, Zoe Saldan, Vanessa Hudgens, bahkan juga Lady Gaga!!
Dipetik dari Screencrush, filem keluaran produksi Open Road Films ini bakal ditayangkan di pawagam di AS pada  13 September 2013.....

No comments: