Wednesday, 9 January 2013

A.AIDA SANGGUP MELAWAN TAKDIR....???!!!

A.Aida

A.Aida saran artis buat pembedahan : Menerusi Utusan Malaysia baru-baru ini, pelakon dan produser drama A.Aida menyarankan kepada artis agar melakukan pembedahan agar nampak cantik. Malah beliau juga sanggup taja jika artis itu tidak mampu.
Berikut adalah sedikit petikan A.Aida :

Kalau saya tengok wajah pelakon itu banyak kedut, saya sarankan dia buat pembedahan atau apa sahaja asalkan tampak cantik. Bagi saya jika seseorang itu buat pembedahan itu urusan dia dengan Allah. Kadang-kadang saya kata, kalau dia tidak mampu, saya sanggup taja. Semua itu saya buat demi kebaikan artis itu juga. Kalau dia nampak tua sebelum waktunya, ingat ada orang nak tawar dia berlakon. Bila tak ada tawaran, mana nak masuk pendapatan. Pada saya artis perlu menitik beratkan soal kecantikan tidak kira wanita atau lelaki. 

Selain itu, A.Aida juga turut membuat pengakuan bahawa dia akan menghabiskan wang sebanyak RM4,000 setiap bulan bagi mengekalkan kecantikan beliau. 
Saya tidak takut untuk mengaku setiap bulan saya akan membelanja sekitar RM4,000 hanya untuk kecantikan. Semua pil atau makanan sampingan yang saya ambil dirujuk kepada pakar terlebih dahulu. Saya tidak ambil sembarangan. Begitu juga dengan suntikan vitamin yang saya lakukan di sebuah hospital swasta. Saya mengaku menyuntik vitamin C setiap bulan kerana itu semua untuk kebaikan kerjaya. Memanglah tugas saya lebih kepada berbual atau berkomunikasi dengan pelanggan tetapi apa salahnya kalau orang pandang wajah kita terasa tenang.
Noted : A.Aida adalah seorang pelakon dan penerbit A.Aida Production, pernah berkahwin dengan bekas vokalis kupulan Spring iaitu Ameng pada tahun 1994 tetapi bercerai pada tahun 2003. Kemudian berkahwin dengan Ketua Unit Perhubungan Korporat Jabatan Logistik, Bukit Aman, Kuala Lumpur, Deputi Superintenden (DSP) Suffian Sulaiman, pada 2007 dan masih dalah proses tuntutan cerai fasakh.

3 comments:

lowprofile said...

Saya akui muka anda memang cantik, tetapi tidak ada cahaya yang boleh menenangkan jiwa.

Mudah-mudahan wajah anda akan kekal begini sehingga usia anda 150 tahun......

Anonymous said...

Dia lupa, kecantikannya itu adala kerana kuasa Allah....

Anonymous said...

.nak suruh orang pandang kita nmpk ketenangan dengan nur diwajah dari kesan wuduk,ibadah dan hati yang ikhlas kerana Allah bukannya dengan kecantikkan fizikal