Thursday, 3 January 2013

PUAK PR PUNCA 3 SEKELUARGA 'BUNUH DIRI' DI PENGERANG....???!!!



Keadilandaily Kantoi Menipu..Cuba Putar Belit Isu Kematian Di Penggerang.

KES kematian 3 sekeluarga di Kampung Jawa, Penggerang, Johor dipercayai akibat bunuh diri yang dilaporkan media semalam, diputar belitkan media pro pembangkang, terutama sekali PKR, sebagai ada kaitan dengan pembinaan projek RAPID di kawasan tersebut.

Kononnya, kerana tanah dirampas untuk pembangunan projek tersebut, 3 sekeluarga terbabit telah mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Hakikat bahawa ketua keluarga tersebut yang dikenali sebagai Pang, 60-an mengambil keputusan tersebut kerana tekanan hidup akibat terpaksa menjaga isteri yang sakit dan seorang anak yang mengalami masalah syndrome down, tidak langsung disentuh dalam pemberitaan oleh mana-mana media pro pembangkang yang aku sebutkan di atas.



PKR nampaknya lebih berminat untuk mempolitikkan isu tersebut, sama seperti beberapa kes bunuh diri yang lain, antaranya membabitkan pembantu ADUN DAP, Teoh Beng Hock dan pegawai kastam Ahmad Sarbaini.

Jangan terkejut kalau, PKR juga ada terlibat dalam kes kematian tersebut, melihat kepada betapa pantasnya mereka mensensasikan isu tersebut – macam PKR dah tahu sahaja keluarga tersebut akan mati.

Apatah lagi dalam kes ini, salah seorang mangsa dikatakan pernah memaklumkan kepada keluarga dan jirannya, keinginan untuk membunuh diri sebelum kejadian ini berlaku. Aku bimbang, PKR mengambil kesempatan dari kesempitan hidup yang dialami mangsa dengan membunuh mangsa dan menjadikan kes itu seolah-olah kejadian bunuh diri.

Rakyat perlu ingat, mencipta dan mereka alasan/bukti untuk menjatuhkan kerajaan BN, bukan baru pada Anwar Ibrahim. Bekas peguam Anwar Ibrahim sendiri, Datuk Zulkifli Nordin pernah mengakui bahawa Anwar pernah mengarahkannya mengada-ngadakan bukti bagi mengaitkan Datuk Seri Najib dan isteri dalam kes pembunuhan Altantunya.

Sebetulnya kes ini tidak ada kaitan dengan projek pembangunan RAPID seperti yang cuba dituduh pembangkang. Laporan media menyebut, ada lebih 4,000 keluarga yang terlibat dalam pemindahan ini serta melibatkan beberapa kampung. Setiap keluarga terlibat menerima pampasan dari pihak pemaju, walaupun tanah yang diduduki mereka adalah dimiliki oleh orang lain.

Dalam kes keluarga Pang ini, dimaklumkan bahawa keluarga mendiang telah menerima pampasan sebanyak RM 20,000 dari pemaju – maklumat yang dikeluarkan oleh proksi pembangkang dan Singapura dalam soal bantahan RAPID ini, Gabungan NGO Penggerang (GNP)

Kalau benar kematian 3 sekeluarga ini disebabkan oleh pengambilan tanah oleh pemaju bagi projek tersebut, sudah tentu kita akan mendengar 4,000 orang mati bunuh diri atau paling tidak, hampir kepada jumlah tersebut.

Tapi bila 3 sahaja terlibat, dan yang itu pun dikaitkan dengan tekanan hidup (melihat kepada latar belakang keluarga mendiang), maka awal-awal kita sudah tahu bahawa perkara ini hanya dipolitikkan sahaja oleh PAS, DAP dan PKR.

Lagipun perjuangan pembangkang dalam projek RAPID Penggerang sebelum ini adalah berkisar pada isu alam sekitar, bukan kesusahan yang disebabkan oleh pengambilalihan tanah.

Pengambilan tanah bagi melaksanakan projek di negara ini adalah satu perkara yang lumrah dengan kerajaan negeri pembangkang sendiri melakukannya pada setiap masa. Sepanjang waktu itu, tak pernah pulak kita dengar ada dikalangan mereka yang terlibat mengambil keputusan untuk membunuh diri  - Tok Guru.

No comments: