Friday 11 January 2013

ANWAR TERIMA DANA YAHUDI UNTUK HANCURKAN MALAYSIA..???



KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Hidayat Mohd Shariff  mendakwa dana dari luar negara telah menukarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada sebuah parti miskin kepada kaya.
   
Shamsul yang pernah menjadi anggota jawatankuasa perhimpunan haram Bersih 1 pada 2007 berkata, beliau pernah bekerja di ibu pejabat PKR di Brickfields dan PKR ketika itu sangat miskin sehingga ada gaji pekerja yang tertangguh selama dua hingga tiga bulan.
   
"Sebaik sahaja pucuk pimpinan PKR mahu mengadakan demonstrasi haram Bersih 1, tiba-tiba dana dari luar negara masuk dan PKR bertukar wajah, bendera-bendera PKR juga disumbangkan oleh pihak tertentu dari luar negara dan bendera itu bukan ditempah di Malaysia," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Umno di sini semalam.
   
Shamsul berkata, beliau tidak hairan jika himpunan yang dirancang diadakan oleh pembangkang esok akan membawa masuk dana untuk PKR bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke-13.
   
Samsul berkata beliau keluar daripada PKR selepas melihat parti itu telah lari daripada matlamat perjuangannya.

   
Sebelum itu Samsul menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada ibu pejabat parti itu yang disaksikan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.
   
Turut menyertai Umno hari ini ialah dua bekas penyokong kuat Anwar, peguam Saiful Ambar Abdullah Ambar dan pelajar universiti tempatan, Mohamad Asrul Md Jalani.
   
Saiful Ambar adalah peguam kepada bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah yang juga keluar daripada PKR kerana merasakan perjuangan PKR tersasar daripada matlamat asalnya. - Bernama

No comments: