Thursday, 6 December 2012

DR. MAZA NAFI AKAN JADI ADUN PKR...!!!

Asri Nafi Tanding Atas Tiket PKR

Awal pagi tadi, teman telah keluarkan artikel dari Antara Pos mengenai Dr. MAZA atau Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang bersetuju untuk bertanding atas tiket PKR di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Beliau dikhabrkan akan diletakkan di DUN Penanti.

Bagaimanapun, hari ini, beliau menegaskan, masih belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu menjadi calon untuk mana-mana parti termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.



Perkara itu sekali gus menafikan khabar angin kononnya beliau akan bertanding di Dewan Undangan Negeri  (DUN) Penanti atas tiket PKR dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut Mohd. Asri, desas-desus mengatakan beliau akan bertanding di DUN Penanti itu adalah tidak benar.

“Saya tidak cakap apa-apa pun sama ada setuju atau tidak, kena tanya sumber yang buat cerita itu, dari mana dia dengar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

*** Teman mewakili admins blog BICARA PERJUANGAN dengan ini MEMOHON MAAF sekiranya ada pihak tersinggung dengan artikel yang telah teman keluarkan sebelum ini berkaitan perkara di atas......Sekian. Terima kasih.

No comments: