Thursday 6 December 2012

PENGAKUAN MANGSA SERANGAN GOMBAK BERDARAH


Dengar dan fahami kenyataan Mohd Faizaruddin Mustafha,37, mangsa keganasan penyokong Pakatan Rakyat yang menyerang Bilik Gerakan UMNO, Cawangan Batu 8, Gombak semalam. Ternyata PR melakukan provokasi terlebih dahulu dan menyerang kumpulan Pemuda UMNO Gombak.

Menurut ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, apa yang berlaku semalam ialah bantahan daripada penduduk setempat di rantau Gombak Utara di mana tempat ceramah PR diadakan.

“Rata-rata penduduk dikawasan itu telah tidak bersetuju menerima kehadiran ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan ceramah.

“Apabila penduduk dan Umno bahagian menyatakan bantahan di tempat kami, bukan di tempat mereka, maka provokasi-provokasi telah dilakukan oleh pihak pakatan sehingga mereka telah melemparkan objek-objek seperti periuk belanga daripada tempat mereka.


Megat Zulkarnain turut mempertikaikan mengapa ceramah tersebut diadakan betul-betul dihadapan bilik gerakan Umno untuk peti undi Gombak Utara di mana secara kebetulan pemuda Umno bahagian ada mengadakan taklimat jentera pilihanraya ketika itu.

“Kenapa mesti diadakan berhadapan dengan bilik gerakan kami dan tempat yang diadakan ceramah itu adalah tempat yang terlalu kecil untuk seorang pemimpin mereka mengadakan ceramah. 



LAPORAN: Faizaruddin (tengah) bersama Datuk Megat Firdouz Megat Junid (kiri) dan Megat Zulkarnain menunjukkan laporan polis yang telah dibuat pagi tadi.
Laporan polis dah pun dibuat.....Faizaruddin (tengah) bersama Datuk Megat Firdouz Megat Junid (kiri) dan Megat Zulkarnain 

“Jadi sebab itulah kita mengambil keputusan bersama dengan pemuda dan penduduk dikawasan itu menyatakan bantahan kita secara aman dan tidak ada niat langsung untuk mengadakan provokasi sehinggalah berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini,” ulas beliau lagi.


Walaupun sudah disuruh kembali ke kawasan Pakatan Rakyat, tetapi penyokong PR masih berdegil malah datang dalam jumlah lebih ramai. Difahamkan juga dari kenyataan Mohd Faizaruddin bahawa kebanyakkan penyokong PR yang melakukan provokasi semalam bukan penduduk tempatan. Habis agak-agaknya penduduk dari kawasan mana?


Faizaruddin yang cedera di kepala.... (sebelum menerima 9 jahitan)

Azmin Ali dan Anwar Ibrahim dikhabar terus meninggalkan majlis kerana takut dengan sorakan penyokong UMNO dan penduduk setempat di Batu 8, Gombak yang memanggilnya PENIPU.

2 comments:

Anonymous said...

HAHAHA.... bodoh dan bangang. buat taklimat pilihanraya konon. PRU lum tentu lg bila... Nk kelentong x cerdik. siap kena baling ngan kuali lak tu.... hahahahahaha... maharaja lawak tahap cipan.... muahahahahaha.....

Anonymous said...

BODOH PUNYA UMNO..MASIH LAGI NAK MENIPU! DAH PUKUL DAN TIKAM INSAN TAK BERSALAH, NAK LAGI BUAT FITNAH TERANG2.. MOGA TURUNKANLAH AZAB KEPADA KAMU!