Thursday 6 December 2012

POLIS GUATEMALA TAHAN TYCOON SOFTWARE




Taikun perisian, JOHN Mc Afee telah ditahan oleh polis Guatemala atas tuduhan memasuki negara itu secara haram. Beliau melarikan diri ke negara itu daripada buruan polis kerana pertuduhan membunuh di Belize.

McAfee, 67, berkata akan cuba mendapatkan suaka politik setelah dalam pelarian dan bersembunyi selama tiga minggu sejak polis Belize mengesyakinya atas kematian rakannya GREGORY Faull.

McAfee merupakan pengasas firma perisian anti-virus yang menggunakan namanya sendiri telah menyusup masuk ke sempadan dua negara Amerika Tengah itu. Teman wanitanya, SAMANTHA juga sentiasa bersamanya mendakwa Mc Afee akan dibunuh sekiranya tertangkap di Beliza. Beliau mendakwa bahawa Guatemala adalah negara yang memahami keadaan korupsi di Belize.

Tidak ada sebarang waran tangkap antarabangsa dikeluarkan terhadapnya dan beliau turut menafikan penglibatannya dalam kes pembunuhan yang dikatakan berpunca daripada perselisihan antara beliau dengan rakannya hanya disebabkan tidak berpuashati dengan anjing penjaga di rumahnya. Bagaimanapun, Perdana Menteri Belize memberi jaminan bahawa Mc Afee tidak akan diapa-apakan sekiranya menyerah diri dan kembali ke Belize.

No comments: