Friday, 14 December 2012

APA KATA GUAN ENG MENGENAI EXCO PENANG ADA PR NEW ZEALAND..???


Beberapa bulan yang lalu, heboh di blog dan portal menyiarkan tentang seorang Exco Pulau Pinang yang mempunyai status penduduk tetap di New Zealand. Bahkan Exco berkenaan baru-baru ini telah ke New Zealand untuk memperbaharui status penduduk tetapnya di Negara Kiwi itu.

Siapakah Exco terbabit?

Daripada sumber, Exco berkenaan adalah PHEE BOON POH, Exco Alam Sekitar dan Kesihatan Pulau Pinang.


Isteri dan anak Phee Boon Poh dikatakan telah mendapat status penduduk tetap New Zealand. Begitu juga dengan kakak dan anak saudaranya. Bukan itu sahaja, Phee Boon Poh juga dikatakan memiliki harta di New Zealand.

Walaupun berita berkenaan telah riuh diperkatakan, DAP dan Lim Guan Eng masih tidak memberikan sebarang respons.


Agak-agak.... Berapa ramai Exco Pulau Pinang yang telah mendapat status penduduk tetap di negara asing? Atau lebih tepat lagi, berapa ramai sebenarnya pemimpin DAP yang sedang merancang untuk menetap di luar negara, membawa kekayaan yang mereka bolot di negara ini untukk dijadikan sebagai modal hidup di negara ketiga?

Lihat ... di sini   dan  selanjutnya.... di sini


No comments: