Friday 14 December 2012

APABILA DAP BERDEHEM.....

ISU SALUN DI KELANTAN.....PAS hilang maruah...................



*Setelah lebih 21 tahun melaksanakan dan mempertahankan peraturan pengasingan jantina di kedai gunting rambut, Kerajaan PAS Kelantan akhirnya "mengalah" atas alasan mengambil kira pandangan semua pihak dan faktor pilihan raya yang semakin dekat. ..

* Keputusan menanguhkan serta merta penguatkuasaan semua syarat lesen kedai gunting rambut Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang membabitkan masyarakat bukan Islam dibuat dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan....

* Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, penanguhan itu melibatkan kompaun yang telah dikeluarkan sebelum ini, bermaksud penggunting rambut pelanggan bukan Islam berbeza jantina...


"Setelah mengambil kira pandangan wakil kerajaan negeri dengan organisasi masyarakat bukan Islam, kerajaan negeri membuat keputusan menangguhkannya sementara satu kajian dan penilaian dibuat"....YB datuk Takiyuddin Hasaan.....

Reverse sebelumnya......

Exco kerajaan Kelantan Datuk Takiyudin Hasan bertegas mahu Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) menguatkuasa peraturan itu, walaupun selepas Karpal keluar kenyataan membantahnya.  Malangnya,  Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta kerajaan Kelantan menimbang semula langkah itu selepas bantahan keras Karpal Singh dan DAP.
Karpal Singh mendesak kepimpinan PAS campurtangan dan menyelesaikan segera kontroversi terbaru itu. Ini menyebabkan Hadi tiada pilihan lain kecuali meminta kerajaan PAS Kelantan dan MPKB mengkaji semula peraturan tersebut demi menjaga kesepakatan parti itu dengan DAP dan PKR. 
Ini bukan kali pertama PAS terpaksa angkat bendera putih kepada DAP dalam soal peraturan membabitkan agama Islam. 

Persoalanya:.....INILAH YANG DIKATAKAN HUKUM HUDUD YANG HENDAK DIBAWA OLEH PAS AKAN BERUBAH-UBAH SETIAP MASA MENGIKUT KEPENTINGAN DAN KEPERLUAN DEMI SEBUAH KUASA DALAM PILIHAN RAYA. DAN PAS AKAN SENTIASA MENGIKUT KUASA SYAITAN BESAR (DAP DAN PKR) DALAM MENENTUKAN SEGALA HUKUM. DAN INI LAH PERJUANGAN PAS YANG SEBENARNYA. OLEH ITU, DLM PRU KE 13 INI, JANGAN MEMBERI UNDI KEPADA CALON PAS DEMI KESUCIAN AGAMA ISLAM DI MALAYSIA INI....

No comments: