Friday, 14 December 2012

PELAN ASPIRASI WANITA NEGARA


Wanita Digalak Bersuara Bagi Bentuk Pelan Aspirasi Negara – Shahrizat

IPOH -  Wanita di negara ini, terutama di peringkat akar umbi, digalak mengemuka atau menyuarakan apa sahaja aspirasi mereka agar dapat diketengah melalui Pelan Aspirasi Wanita Malaysia yang bakal dibentuk tidak lama lagi.


Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Kebangsaan (MPWK) Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata golongan itu boleh mengemukakan apa sahaja sama ada hasrat, cadangan, pendapat, kritikan atau impian yang mereka mahu kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) lakukan untuk kaum hawa.



Ceramah oleh Ustaz Kazim Elias memang sangat dinanti-nantikan oleh para hadirin...
“Kita akan kumpulkan semua senarai aspirasi dari akar umbi bermula hari ini. Kita akan bentangkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta seterusnya menyediakan Pelan Aspirasi Wanita Malaysia untuk masa depan dalam tempoh dua bulan ini,” katanya  selepas melancarkan program Aspirasi Wanita Zon Tengah Khamis.
Beliau berkata semua wanita tanpa mengira kaum serta latar belakang boleh mengemukakan aspirasi kepada pengerusi MPWK di peringkat kawasan Parlimen masing-masing.
Di antara peserta yang hadir.....
“Ini satu cara yang kita buka untuk seluruh wanita di negara ini. Kita mahu dengar suara golongan wanita di peringkat akar umbi terutama golongan wanita yang sakit, miskin dan tiada tempat bergantung, maka mengadulah, suarakanlah kepada MPWK yang ada di peringkat Parlimen,” katanya.
Shahrizat juga berkata usaha ini merupakan merupakan satu pendekatan baharu berlandaskan contoh serta polisi kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib TunRazak yang mengambil berat rintihan rakyat semasa beliau turun mendekati masyarakat akar umbi.
Dalam perkembangan lain, Ketua Pergerakan Wanita Umno dan Wanita BN ituberkata makna politik kepada sayap parti itu ialah mengutamakan perkhidmatan kepada rakyat.
“Wanita Umno dan BN tidak berminat politik fitnah-menfitnah, tohmahan… tidak. Kita punya pendekatan adalah berbakti dan berkhidmat untuk masyarakat. Selama lebih 66 tahun Wanita Umno itulah politik kita, tiada formula ajaib bagi kita,” katanya.
Beliau berkata semangat dan kesedaran Wanita BN dan Umno sentiasa tinggi dantidak pernah pudar kerana berlandaskan keikhlasan dalam perjuangan walaupunberdepan pelbagai cabaran getir dalam senario politik negara.
“Perjuangan kami satu ibadah. Inilah yang turut memberi kekuatan kepada Datuk Seri Najib selaku Presiden parti dan Perdana Menteri. Kita ada 22,000 cawangan Wanita Umno, bila akar umbi kuat, maka pucuk pimpinan juga kuat,” katanya.
Shahrizat juga berkata Wanita BN akan menjadi jentera utama pada PilihanRaya Umum ke-13 dan setiap anggotanya berikrar untuk bekerja keras serta ikhlasbagi memastikan kemenangan parti komponen itu.
Sebahagian dari 17 orang peserta dari Wanita UMNO Bahagian Lumut yang hadir di Program Aspirasi Wanita di Hotel Syuen, semalam.
Sumber gambar.... Zie Lee. tq.

No comments: