Friday, 14 December 2012

PENGADIL TIDAK ADIL KERANA BALAS DENDAM....???


Kekalahan Malaysia malam tadi dalam perlawanan separuh akhir ke2 Piala AFF Suzuki 2012, di Stadium Supachalasai, Bangkok, Thailand, benar-benar telah menghiris-hiris perasaan seluruh peminat bolasepak tanahair. Tidak kira jantina, semuanya kecewa dan frust menonggeng di atas kekalahan tersebut dan mereka tidak menafikan bahawa ianya berpunca dari pengadil yang disifatkan sebagai BANGANG..!!!

Malah, kenyataan teman ini selari dengan ketidak puasan hati jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal yang menyifatkan PENGADIL ITU TIDAK ADIL...!!!



KEKANG...Norshahrul (kiri)  dikawal setiap penjuru padang.

“BAGI saya keputusan pengadil itu tidak betul,” kata ketua jurulatih kebangsaan Datuk K Rajagobal yang tidak puas hati dengan keputusan pengadil, Lee Min Hu melayangkan kad kuning kedua kepada Mohd Fadhli Shas dan sekaligus terus mendapat kad merah pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF malam tadi.

Apa yang menghairankan pembantu pengadil yang berada berdekatan dengan insiden Fadhli dan Thonglao, langsung tidak memberikan penjelasan kepada Minhu, yang terus melayangkan kad kuning kepada kedua-dua pemain itu.

Keputusan kontroversi pengadil dari Korea Selatan itu memberi kesan kepada strategi Rajagobal yang menyaksikan Harimau Malaya terpaksa beraksi 10 pemain lebih 45 minit sebelum tewas 0-2.


Lee Min Hu

Menurut Rajagobal, beliau tetap bangga dengan persembahan anak buahnya dan yakin keputusan mungkin boleh berubah sekiranya Fadhli kekal di atas padang.



“Kami bermain baik pada awal babak pertama meskipun Thailand melancarkan serangan mencari gol awal. Tapi segala-galanya berubah apabila Fadhli menerima kad merah, bukan mudah apabila kami kehilangan tonggak utama pertahanan.

“Keputusan perlawanan ini mungkin berbeza jika Fadhli tidak dibuang padang,” katanya selepas tamat perlawanan.


Dengan kekalahan itu, Malaysia terpaksa melupakan misi mempertahankan kejuaraan dimenangi dua tahun lalu apabila Thailand meledak dua gol menerusi jaringan Teerasil Dangda dan Teerathon Bunmathan pada minit ke-60 dan 65.



Gol itu hadir selepas Fadhli menerima kad kuning kedua pada minit ke-42 kerana didakwa bertelagah dengan Datsakorn Thonglao.


Piala AFF: Harimau Malaya Kecundang Di Bangkok

“Bagi saya, pengadil seharusnya lebih tahu dengan situasi itu dan beliau membuat keputusan yang salah.” Menurutnya, biarpun pasukannya beraksi dengan 10 pemain, Thailand hanya berjaya menjaringkan gol pertama atas kesilapan Amar Rohidan dan gol kedua yang menyusul selepas itu menyukarkan mereka untuk bangkit.



Sementara itu, ketua jurulatih Thailand, Winfried Schafer pula enggan mengulas insiden kad merah itu sebaliknya hanya mahu memuji barisan pemainnya yang berjaya menempah tiket ke final bertemu Singapura.

“Saya tidak mahu komen, pada perlawanan pertama di Malaysia, saya dibuang padang sedangkan tidak bercakap dengan pengadil,” katanya yang sekadar menyaksikan perlawanan malam tadi dari bangku penonton.


“Kami pasukan lebih baik dan saya yakin kami boleh menewaskan Singapura di final.”


Namun begitu.... ada juga pihak yang mengatakan bahawa keputusan pengadil itu sebagai BALAS DENDAM....!!



Lihat  video berikut :



Baca seterusnya....ANGIN PERUBAHAN

1 comment:

Anonymous said...

Malaysia boleh main lebih bagus. thailand pun bkn kuat sgt. tapi sedikit sebyak insiden kad merah tu 'mengganggu' corak permainan. di tambah pulak dgn pengadil hampehhhh!