Wednesday 24 October 2012

UPDATE : RESTORAN CHENG HO AKAN DITUTUP..!!!

INILAH Restoran Cheng Ho milik Amy Search di Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang ditutup mulai semalam.

SAHIH..!!!

Selepas 4 tahun beroperasi, penyanyi Amy Search akhirnya menerima hakikat bahawa Restoran Cheng Ho miliknya di Wangsa Maju di sini terpaksa ditutup mulai semalam.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 53, berkata, restoran yang terkenal dengan masakan ala Cina itu terpaksa ditutup kerana pihak yang diberi tanggungjawab iaitu rakanya untuk menguruskannya berdepan pelbagai masalah selepas Amy menyerahkan segala urusan perniagaan restoran itu pada bulan Jun tahun lalu.
Menurut Amy, dia memulakan perniagaan tersebut empat tahun lalu dengan modal RM250,000.
Masakan ala Cina yang menjadi kegemaran pelanggan di restoran tersebut di antaranya adalah ketam masak telur masin, udang bersalut mentega dan ikan siakap nyonya.
Bagaimanapun Amy bernasib baik kerana telah mempatenkan nama Restoran Cheng Ho sebelum ini, dengan itu, tiada pihak yang dibenarkan menggunakan nama tersebut.
Artikel sebelumnya...... DI SINI

No comments: