Wednesday 24 October 2012

GEMPAR !!! SUPERMAN AKAN JADI BLOGGER..???!!


Ada sesuatu yang mengejutkan dari edisi komik Superman pada masa akan datang, dikhabarkan Superman aka Clark Kent akan diberhentikan menjadi wartawan.  Kerjayanya di mana depan adalah menjadi BLOGGER ...??!!


Menurut preview yang teman selongkar di  USA Today, pada komik Superman siri 13 nanti, karier Clark Kent sebagai wartawan selama 5 tahun di 'The Daily Planet' akan ditamatkan.



Difahamkan, Clark mengundurkan dirinya kerana sudah merasa muak dengan persekitaran pekerjaannya itu. Dia merasakan, sebagai orang paling 'super' di planet ini, sering diperlakukan seperti orang paling tidak berguna di muka bumi oleh pihak atasan The Daily Planet, syarikat media tempatnya bekerja.

Clark menyatakan keputusannya untuk berhenti dengan kata-kata sindiran, 'Waktu terus berubah dan media cetak semakin tenat'.

Pengarang komik berkenaan, Scott Lobdell menjelaskan kepada Mashable, mengenai kemungkinan Clark akan beralih karier dengan menjadi seorang blogger. Lobdell berkata, 'Saya fikir ia tidak akan membuat sebarang permohonan pekerjaan'.

Belum dapat dipastikan apakah keputusan itu sudah ditetapkan atau hanya bersifat sementara. Mungkin dalam episod-episod akan datang, kita tidak hanya melihat Clark berjuang melawan penjenayah, perompak dan pembunuh tetapi juga berhadapan dengan bug, spammer dan hacker.

SELAMAT BERJUANG BERSAMA KAMI, CLARK!!! 
HEHE..... 

No comments: