Wednesday, 24 October 2012

PELATIH PLKN BERGADUH BEREBUT MILO...!!


Padah bergaduh kerana minuman, tiga pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) didenda RM800 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, semalam atas tuduhan merusuh serta menyebabkan kecederaan seorang remaja, minggu lalu.


 Majistret Syajaratudur Abd Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Fahmi Ramli, Ridzuan Abdul Rahman dan Muhd Shukri Rahmad, masing-masing berusia 18 tahun, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan disabitkan ke atasnya. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh bersama tujuh yang masih bebas dengan sengaja merusuh dan menyebabkan kecederaan terhadap Eizat Mikail Hishamuddin, 19, di dalam bilik 47, Kem PLKN, Hutan Rekreasi Ayer Keroh, kira-kira 11.30 pagi pada 14 Oktober lalu. Terdahulu, Peguam Muhammad Hazri Hanafi mewakili tertuduh ketika rayuan memohon mahkamah memberikan hukuman minima terhadap anak guamnya yang masih muda dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.

 “Ketiga-tiga tertuduh yang berjauhan dengan keluarga sudah lebih sebulan jalani latihan sebelum tamat 29 November depan. “Saya difahamkan, kejadian berpunca apabila Ridzuan bergaduh dengan mangsa ketika mangsa membuat air Milo. Hal itu berlanjutan sehingga keesokan harinya dan Ridzuan membawa bersama-sama rakan lain yang kemudian bertindak menyerang mangsa,” katanya.

No comments: