Monday 1 October 2012

PKR MIMPI SIANG HARI


Timbalan Presiden DAP, Dr Tang Seng Giaw menyifatkan hajat PKR untuk menawan Putrajaya pada pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seperti bermimpi siang hari.
Beliau berkata, pemimpin PKR juga hanya berkhayal apabila mewujudkan ‘Kabinet bayangan’ kerana Parlimen belum dibubarkan tetapi sudah ada jawatan tertentu dalam kementerian.

“PKR mesti menang dahulu kerusi dalam kawasan, barulah boleh menentukan siapa yang akan menyandang jawatan dalam kementerian. Tetapi, pilihan raya belum berlangsung sudah memilih calon bagi jawatan tertentu adalah khayalan semata-mata,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ahli Parlimen Kepong itu berkata demikian ketika mengulas keputusan PKR menyenaraikan 20 pemimpin kanan parti itu mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri sekiranya berjaya memenangi PRU13 seperti dilapor akhbar ini semalam.

Seng Giaw berkata, mungkin tidak ada masalah sekiranya pemimpin yang disenaraikan itu sudah memenangi kerusi mereka pada pilihan raya umum tersebut.

“Kalau sudah menang lain hal. Tetapi kami belum bertanding lagi dalam pilihan raya. Ia bukan mengenai setuju atau tidak tetapi perkara ini tidak betul,” katanya.

Sementara itu Naib Presiden PKR, N Surendran menjelaskan identiti pemimpin terpilih dalam Kabinet bayangan sama sekali tidak penting.

“Siapa atau berapa jumlah pemimpin terpilih akan diumum kelak. Tapi apa yang pasti, jawatan Perdana Menteri akan menjadi milik Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Bagi Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pula berkata, mereka tidak mahu mencampuri urusan PKR, sebaliknya lebih fokus kepada strategi kemenangan calon yang bertanding

2 comments:

Anonymous said...

memang betul pkr bermimpi dan berkhayal di siang hari ( syok sendiri ), apabila bentang bajet, kabinet bayangan. puih!!!

Anonymous said...

PKR tak rasa malu ke bila rakan sekapalnya kata macam tu. Nampak sgt la mereka ni, duduk sekapal tapi ada 3 nakhoda.