Wednesday, 17 October 2012

HAWK 200 TERHEMPAS, 32 JET DIGANTUNG OPERASI


JAKARTA – Tentera Udara Indonesia semalam menggantung operasi 32 buah jet pejuang Hawk 200, lapor agensi berita Xinhua.

Ketua tentera udara negara itu, Imam Sufaat berkata, keputusan itu dibuat selepas salah sebuah jet tersebut terhempas di Pekanbaru, wilayah Riau.

Jet itu terhempas pada pukul 9.30 pagi waktu tempatan semalam semasa satu latihan ketenteraan.

Bagaimanapun, juruterbang jet tersebut berjaya menyelamatkan diri dengan menggunakan kerusi anjal.

Tiada laporan mengenai kecederaan dan kematian akibat kejadian tersebut.

Menurut Imam, penggantungan itu merupakan prosedur biasa jika terdapat sebuah jet yang terhempas sehingga siasatan tentang punca nahas selesai dilakukan oleh sebuah pasukan penyiasat.

Jet tersebut terhempas di kampung di Kampar dekat sebuah pangkalan tentera udara di Pekanbaru.

Imam berkata, jet tersebut dibeli dari Britain.

Jet-jet tersebut ditempatkan di pangkalan tentera di Pontianak, Kalimantan Barat dan Pekanbaru.

“Kami menerima jet-jet itu dari Britain pada 1994,” kata Imam.

– Agensi

No comments: