Saturday, 27 October 2012

GEMPAR !!! MAYAT TIBA-TIBA BERCAKAP 'HAI..SEMUA, SAYA MASIH HIDUP'..!!!


Brasilia : Seorang lelaki yang bekerja sebagai pencuci kereta di timur laut Brazil menggemparkan keluarga dan orang ramai apabila muncul ketika majlis pengebumiannya.

Ia berpunca daripada kesilapan anggota keluarganya yang tersilap mengesahkan identiti Gilberto Araujo, 41, di sebuah rumah mayat, lapor media di sini, kelmarin.
Keluarga dan sahabat handai Araujo berhimpun dekat mayat seorang lelaki dikatakan Araujo di bandar Alagoinhas, negeri Bahia, apabila Araujo muncul.
Araujo berkata, dia menghadiri majlis ‘pengebumiannya’ itu selepas seorang rakan melihatnya dan memberitahu mengenai ‘kematiannya.’
“Saya cakap, hai semua, saya masih hidup,” kata Araujo kepada laman web berita akhbar O Globo.
Araujo sudah empat bulan tidak pulang ke kampungnya sehinggalah diberitahu mengenai perkara itu.
Lari lintang pukang!!
Ibunya, seorang pekedai, Maria Menezes, berkata ada beberapa orang yang hadir di pengebumian itu pengsan dan ada yang lari lintang pukang.
“Suasana memang agak mendebarkan. Saya gembira kerana ibu di mana pun akan rasa begitu apabila anaknya yang dilapor mati sebenarnya masih hidup,” katanya.
Araujo juga berkata, selepas dimaklumkan dia sudah mati oleh rakannya, dia cuba menghubungi seorang lagi sahabat di majlis pengebumian bahawa dia masih hidup.
Cubaan menipu ?
Bagaimanapun, katanya, panggilannya dianggap sebagai cubaan menipu dan memaksanya hadir di majlis pengebumian itu.
Mayat lelaki itu sudah dikenal pasti sebagai Genivaldo Silva Gama dan polis masih meneruskan siasatan.
Inspektor Roberto Lima berkata, kekeliruan mengenai kematian Araujo boleh diterima kerana kedua-duanya ada persamaan iras selain bekerja sebagai pencuci kereta. – Agensi

No comments: