Saturday 27 October 2012

BUKTI VIDEO PEGAWAI TINGGI KASTAM TAMPAR PEGAWAI BAWAHAN

klll

Ingatlah pangkat yang tinggi tak menjamin apa2..kalau dah berjawatan, hormatlah juga orang bawahan, dan Inilah contoh sikap sombong dan bongkak yang begitu ekstrem sekali.

Kejadian ini berlaku di Bangkok Thailand, awal tahun 2012 yang lalu, dan akibatnya, Kastam Thailand telah menurunkan pangkat seorang pegawainya selepas dia didapati mencederakan seorang pengawal keselamatan lapangan terbang yang cuba memeriksa tubuhnya.

Insiden itu terdedah meluas apabila rakaman kamera litar tertutup mengenainya dimuat naik ke YouTube. Melalui rakaman itu, pegawai kastam terbabit dilihat enggan diperiksa ketika berada di Lapangan Terbang Suvarnabhumi.

Dia kemudian menampar telinga pengawal keselamatan itu sebelum menunjuk lencana dipakainya. Pengawal keselamatan terbabit kemudian membongkok meminta maaf.

Dimuat naik Isnin lalu, ia menarik lebih 5,000 komen orang ramai yang marah terhadap insiden berkenaan sehari kemudian. Kastam Thailand berkata, pegawai terbabit – dikenali hanya dengan nama Sombat – kini ditugaskan untuk melakukan kerja pejabat. 




SUMBER  :  DI SINI

No comments: