Tuesday, 25 September 2012

KP UMNO KEPONG PARAH DI TIKAM


AMPANG JAYA – “Saya ingatkan bunyi bising di luar rumah itu adalah pergaduhan keluarga jiran, namun terkejut setelah mendapati jiran saya terbaring berlumuran darah selepas cedera parah di perut serta tangan kiri.”
KETUA Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin melihat kesan darah (dalam bulatan) pada kereta Norizan yang parah selepas ditikam di Taman Dagang, Ampang Jaya semalam.
Menurut saksi, Azim Shaharbudin, 24, jiran kepada Ketua Pemuda Umno Bahagian Kepong, Datuk  Norizan Ali, 41, yang parah ditikam 2 lelaki, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi di Taman Dagang, di sini, mangsa dikatakan baru sahaja pulang dari menonton perlawanan bola sepak di sebuah restoran berhampiran rumahnya dan sewaktu meletakkan kereta di luar pagar rumah tiba-tiba mangsa didatangi 2 orang lelaki dan menyerang mangsa.
Mangsa dikatakan sempat bergelut dengan suspek sebelum  ditikam menggunakan senjata tajam, tetapi sempat berlari sejauh 30 meter bagi meminta bantuan keluarganya dengan mengetuk pintu pagar.
Azim berkata, sewaktu kejadian itu, dia yang sedang menonton perlawanan bola sepak sebelum dikejutkan dengan bunyi bising dan disusuli bunyi ketukan pintu pagar rumah beberapa kali.
Katanya, dia menyangka bunyi tersebut adalah pergaduhan jiran, namun dia yang tidak sedap hati apabila mendengar suara lelaki meminta tolong dalam keadaan menahan kesakitan.


Menurut Tun Hisan, kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera ketika menyamun.
Sementara itu, isteri mangsa, Datin Roslinda Kamaruddin, 38, berkata, dia terkejut apabila mendengar pintu rumah diketuk bertalu-talu diiringi jeritan meminta tolong.
"Sebaik dibuka, saya terperanjat apabila mendapati suami terbaring berlumuran darah sebelum meminta tolong jiran untuk memanggil ambulans dan polis," ceritanya ketika ditemui.


 
NORIZAN kini dirawat di Hospital Ampang.

No comments: