Friday 21 September 2012

EKSAIS TUDM DAN TLDM UJI KESIAPSIAGAAN KETENTERAAN MALAYSIA


Sebelum baca, layari preview Eks Angsa 7/2012

Kuala Lumpur – Eksesais ANGSA Siri 7/2012 (Eks ANGSA) merupakan eksesais tahunan yang membabitkan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM). ANGSA adalah singkatan Angkasa dan Samudera yang merupakan gabungan dua eksesais utama TUDM dan TLDM.


Bermula daripada tahun 2006 ia telah dilaksanakan secara CPX dan FTX serta dihoskan secara bergilir-gilir antara TUDM dan TLDM di mana dalam eksesais kali ini Pangkalan Udara Butterworth telah dipilih untuk menjadi lokasi utama eksesais yang dianjurkan oleh TUDM.

Dalam edisi kali ini, buat pertama kalinya Command Post Exercise (CPX) dan Field Training Exercise (FTX) dilaksanakan secara serentak yang membabitkan penumpuan kepada STAFFEX dan pelaksanaan CPX menggunakan sistem JTLS manakala FTX tertumpu kepada pelaksanaan secara bersama diperingkat taktikal dan menggunakan kaedah SOE Driven. Seramai 442 orang dari ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dalam eksesais kali ini.

Live Missile Firing di perairan Selat Melaka (WMD 413 – 60 km Barat Tg Hantu Lumut, Perak) dan penembakan yang dilancarkan dari platform penembak yang berbeza ini telah berjaya mengenai sasaran permukaan pada jarak dan kelajuan yang diprogram.

Dalam penembakan pagi tadi, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melancarkan misil jenis EXOCET MM40 dari Kapal Diraja (KD) LEKIU dan misil jenis Sea Skua dari helikopter TLDM jenis Super Lynx. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pula telah melancarkan misil jenis Maverick dan Harpoon dari pesawat pejuang F/A-18D. Sementara itu, pasukan 51 Rejimen Artileri Diraja, Tentera Darat Malaysia (TDM) pula telah melancarkan Sistem Roket Lancar Berganda ASTROS II dari tapak penembakan di Tanjung Antu, Segari, Perak. Kesemua penembakan ini telah berjaya mengenai tepat dan memusnahkan sasaran.


A Sea Skua missile motor kicks up moments after the launch from a Super Lynx helicopter
Fox Two!


Birds Away!


A Harpoon or an Exocet missile approaching its target.
Approaching target....


BOOM!


Penembakan secara bersepadu ini dilaksanakan dalam usaha meningkatkan latihan secara bersama (joint) antara ketiga-tiga perkhidmatan. Selain itu, penembakan ini digabungkan sebagai langkah penjimatan secara perkongsian perbelanjaan dalam pengoperasian penembakan.

Penembakan bersepadu ini telah melibatkan aset bantuan ketiga-tiga perkhidmatan sebagai unsur untuk pembersihan kawasan, tim penyediaan sasaran, rakaman dan analisis. Antara aset dan unsur TLDM lain yang terlibat ialah KD MAHAWANGSA, KD PAHANG, KD TERENGGANU, KD LAKSAMANA HANG NADIM, KD MAHAMIRU, KTD PENYU, Bot Tempur CB 90, Tim Penyelam, Weapon Trial and Assesment Team (WTAT) dan helikopter Fennec. Sementara aset TUDM lain yang terlibat ialah pesawat SU30MKM, pesawat CN235, pesawat B200T dan C130. Unit TDM yang terlibat ialah 51 Rejimen Artileri DiRaja.

Kejayaan penembakan misil dan roket bersepadu ATM ini telah sekali lagi membuktikan bahawa kesiagaan aset-aset ATM sentiasa di tahap yang tinggi dalam mempertahankan kedaulatan negara. Ia juga sekaligus meletakkan ATM antara pasukan Angkatan Tentera yang wajar digeruni di rantau ini.


Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Jaafar, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi dan Panglima Angkatan Bersama, Laksamana Madya Dato’ Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin, Panglima Operasi Udara Dato’ Seri Mohd Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dan Panglima Armada Laksamana Madya Dato’ Abdul Hadi bin A. Rashid hadir menyaksikan penembakan ini dari platform kapal KD MAHAWANGSA di Perairan Selat Melaka.
Sumber: Navy.Mil dan Air Force 

Artikel sumbangan Askar Setia.... Terima kasih.

No comments: