Friday, 21 September 2012

DUTA AS ENGGAN LAYAN PEMUDA PAS..???


Petang tadi telah berlangsungnya himpunan aman membantah penerbitan filem hina nabi yang dianjurkan oleh UMNO dan PAS yang diadakan secara berasingan.

Namun Ketua Pemuda PAS kesal dengan tindakan Duta AS yang tidak mahu menerima memorandum tersebut malah hanya Ketua Pengawal Keselamatan Kedutaan sahaja yang hadir kehadapan untuk menerima memorandum tersebut.

Pas kesal layanan buruk Kedutaan AS

Pas kesal layanan buruk Kedutaan AS

Menurut Nasrudin, tiada seorangpun wakil kedutaan yang mahu menerima memorandum, yang diserahkan oleh wakil dari Pas, PKR dan wakil badan bukan kerajaan.

"Kami kesal kerana kedutaan hanya menghantar ketua pengawal keselamatan untuk menerima memorandum.

"Kita berharap memorandum itu akan sampai kepada wakil kedutaan," kata Nasrudin ditemui pemberita selepas penyerahan memorandum kira-kira jam 2.45 petang.

Katanya, kerajaan AS yang mengamalkan demokrasi sepatutnya mendengar luahan dan perasaan rakyat Malaysia hari ini.

Nasrudin berkata,  umat Islam negara ini kecewa dengan tindakan yang jelas membuktikan sikap kerajaan AS yang menghina Nabi Muhammad SAW dalam filem anti-Islam Innocence of Muslims.

"Ini merupakan satu provokasi yang melampau mencetus kemarahan umat Islam di seluruh dunia," katanya.

Katanya, umat Islam tidak pernah menghina dan memperlekehkan agama lain yang sedia maklum jika dilakukan akan mengundang huru-hara di dalam negara.

"Kami umat Islam sendiri tidak pernah  menghina agama lain," katanya lagi.

Beliau berkata, tindakan yang tidak menghormati isu sensitiviti agama lain boleh mengundang kekacauan di seluruh negara.

Antara lima wakil lain yang bersama-sama dalam penyerahan memorandum ialah Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub; Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; dua Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua dan Pengerusi Teras Keupayaan Melayu (Teras) Azmi Abdul Hamid.

Begitulah layanan Amerika terhadap orang Islam.... tapi  teman fikir....mungkin jika Anwar Ibrahim turut sama dalam penyerahan memo itu, Duta AS tersebut akan mengalu-alukannya.....munkin laaa.... 

No comments: