'FREEDOM OF SPEECH' yang bermaksud 'kebebasan bersuara' merupakan slogan yang kerap dilaungkan oleh Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti PKR,DAP dan PAS. Namun melihat situasi politik dalaman yang dialami oleh ketiga-tiga parti ini jelas menunjukkan keadaan sebaliknya.
Slogan yang mereka laung-laungkan ini jelas tidak diamalkan serta diterapkan oleh pemimpin dari ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat. Slogan 'Kebebasan Bersuara' yang mereka laungkan tidak lebih dari omong kosong yang menjadi penyedap halwa telinga pengikut mereka.
Pemimpin Pakatan Rakyat Pantang Dikritik
Masyarakat melihat dengan jelas bagaimana pemimpin dari ketiga-ketiga parti ini menggunakan kuasa mereka dalam menyekat suara setiap ahli mereka. Lihat sahaja bagaimana PKR yang memecat Ahli Parlimen Bagan Serai N.Gobalakrishnan kerana mengkritik kepimpinan parti PKR. Ketika itu N.Gobalakrishnan secara terbuka mendakwa PKR meminggirkan masyarakat India dalam isu penutupan kuil Sivan di Bukit Gasing.
Kritikan yang dilemparkan tidak diterima oleh pucuk pimpinan PKR, sebaliknya pucuk pimpinan mengarahkan Ahli Parlimen Bagan Serai ini mengemukakan surat tunjuk sebab malah Naib Presiden PKR sendiri mengarahkan beliau menutup mulut dari terus mengkritik pucuk pimpinan sebagaimana dilaporkan malaysiakini .
PAS juga tidak terkecuali dalam menyekat suara ahli mereka dan ianya terbukti apabila PAS bertindak memecat keahlian Dr. Hasan Ali yang mana secara automatiknya jawatan sebagai exco kerajaan negeri Selangor yang disandang dilucutkan serta merta hanya kerana mengkritik pucuk pimpinan PAS serta Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dan DAP.
DAP turut bersikap retorik dalam melaungkan slogan 'Freedom Of Speech' dan ianya jelas terbukti apabila Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz digugurkan jawatan sebagai Ahli Dewan Negara hanya kerana mengkritik tindakan pucuk pimpinan parti itu yang terlibat dalam penganjuran demontrasi BERSIH.
Dari ketiga-tiga kes yang dinyatakan ini jelaslah bahawa Pakatan Rakyat sebenarnya tidak bersikap terbuka dalam menerima teguran dan kritikan daripada ahli-ahli yang menganggotai parti mereka. Slogan 'Kebebasan Bersuara' yang mereka laungkan sedikit pun tidak diamalkan oleh ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat ini.
UMNO Lebih Terbuka
Perkara sebaliknya pula berlaku dalam UMNO, di sebalik dakyah jahat Pakatan Rakyat kononnya UMNO mengekang suara rakyat, tidak bersikap demokrasi UMNO nampaknya lebih bersikap terbuka dalam menerima kritikan serta teguran dari setiap ahlinya asalkan ianya melalui saluran yang betul.
Laungan tranformasi oleh Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak jelas diamalkan oleh beliau sepanjang memimpin parti yang sudah berusia 66 tahun dan kerajaan. Sebagai contoh teguran dan kritikan pedas ke atas kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pernah dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin sendiri di mana beliau menuntut kerajaan terlebih dahulu berjimat sebelum mengambil langkah kurangkan subsidi untuk rakyat.
Kenyataannya ini bagi kebanyakkan pihak bersifat serta senada dengan apa yang sering ditimbulkan oleh pembangkang dan mengejutkan kerana ianya datang dari Ahli Parlimen BN dan pemimpin sayap UMNO. Khairy pada waktu itu mengemukakan satu senarai projek-projek kerajaan yang dianggap membazir dan tidak membawa hasil yang sewajarnya.
Tetapi di sebalik kritikan yang dianggap bersifat pembangkang Datuk Seri Najib Tun Razak serta pucuk pimpinan tertinggi UMNO sama sekali tidak mengenakan tindakan mahu pun memecat keahlian Ketua Pemuda UMNO itu bahkan mereka menerima serta mengkaji saranan dan teguran yang dikemukakan.
Jika ada pun pucuk pimpinan tertinggi UMNO hanya meminta kritikan dan teguran dibuat melalui saluran yang betul selaku ahli parti. Bukan itu sahaja, Ahli Majlis Tertinggi UMNO iaitu Dato Saifuddin Abdullah pun pernah mencetuskan kontroversi kerana sering kali dilihat tidak senada dengan hasrat kerajaan.
Malah sikap keterbukaan Dato Saifuddin Abdullah yang dilihat menjadi punca kepada insiden bendera Presiden UMNO diturunkan di PWTC oleh pelajar pro-pembangkang sebelum ini, sedikit pun pucuk pimpinan parti tidak mengambil tindakan mahu pun memecat keahlian beliau meskipun ramai pihak menggesa beliau dikenakan tindakan.
Melihat situasi politik yang berlaku di hadapan kita saban hari, jelaslah UMNO sebenarnya telah lama mengamalkan sikap terbuka dalam menerima pandangan serta kritikan. UMNO juga sebenarnya terlebih dahulu mengamalkan 'Freedom Of Speech' berbanding dengan Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat hanya tahu berkokok menggunakan slogan 'Freedom Of Speech' siang dan malam tanpa mempraktikkan slogan ini. Malah segala tindak-tanduk pucuk pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat hari ini, mereka lebih sesuai melaungkan slogan 'Freedom Of Bitch'!
YUSERI YUSOFF
No comments:
Post a Comment