“Saya dah tak nak kalau dia nak rujuk. Selepas bercerai, saya lebih senang untuk buat apa sahaja dan nak pergi ke mana sahaja yang saya suka.
“Ketika berkahwin dengannya dulu pun kami menetap di rumah saya dan saya akan terus tinggal di sini serta melakukan aktiviti yang saya buat dari dulu lagi iaitu mengajar al-Quran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.-KOSMO
Che Hasnah berkata, jika bekas suaminya ikhlas mahu menyambung semula kasih sayang antara mereka, dia sedia kembali taat sebagai isteri.
Guru al-Quran di Kampung Cabang Tiga Chetok itu berkata, pintu hati suaminya tidak tertutup memandangkan sebelum ini, tidak pernah berlaku persengketaan besar.
“Saya akan menurut semua kemahuannya, tetapi saya tidak akan tunduk sekiranya dia menyuruh untuk mengubah haluan (masuk Pas).
“Jika dia (Yahya) kata saya tidak ikut acuan Islam, biarlah Tuhan sahaja menentukannya dan bukannya di tangan sesama manusia,” katanya - SINAR
Ketuanya, Datuk Hanafi Mamat berkata, perkara itu tidak seharusnya terjadi.
Menurutnya, institusi kekeluargaan adalah suci dan tidak seharusnya dicemari isu politik sehingga mendorong kepada perceraian.
“Kami berharap, mereka dapat berbaik semula dan menjalin kembali kasih sayang sepertimana hari pertama berkahwin,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman berkata, sekiranya perceraian ini membabitkan perbezaan politik, pihaknya berusaha mendamaikan kedua-dua pihak. SINAR
No comments:
Post a Comment