Wednesday, 18 July 2012

FBI SIASAT PENEMUAN JARUM DALAM SANDWICH DI HIDANG DALAM KAPALTERBANG

Sandwich

Amerika Syarikat – FBI kini menjalankan siasatan jenayah selepas sandwich yang disediakan di dalam penerbangan Delta Air Lines dari Amsterdam ke Amerika Syarikat didapati mengandungi jarum.
Menurut syarikat penerbangan itu, jarum kecil itu ditemui di dalam enam keping sandwich dalam empat pesawatnya, semalam.
Salah seorang daripada penumpang dalam pesawat ke Minneapolis itu mengalami kecederaan, namun dia enggan mendapatkan rawatan.
Menurut jurucakap penerbangan Delta, Kristin Baur, jarum berkenaan turut ditemui dalam dua penerbangan ke Atlanta dan Seattle.
Baur berkata, susulan kejadian itu, syarikat penerbangan telah mengambil langkah perlu dengan meningkatkan kawalan keselamatan termasuk melakukan pemeriksaan ke atas semua makanan yang dihidangkan dalam pesawat.
“Sandwich itu disediakan oleh syarkat katering Gate Gourmet dan disediakan untuk penumpang kelas perniagaan,” katanya.
Dalam pada itu, jurucakap Gate Gourmet, Christina Ulosevich berkata, setakat ini syarikat berkenaan belum menerima laporan mengenai insiden sama melibatkan penerbangan lain.
Jelasnya, Gate Gourmet juga tidak mengetahui berapa banyak jarum yang telah ditemui dalam sandwich berkenaan.
“Kami memandang berat isu ini dan siasatan dalaman telah dijalankan. Selain itu syarikat juga telah memperketatkan kawalan makanan serta prosedur keselamatan,’’ katanya.
Penemuan jarum ini merupakan insiden terbaru melibatkan syarikat penerbangan Delta, pada bulan ini.
Minggu lepas, sebuah pesawatnya yang dalam penerbangan dari Detroit ke Washington terpaksa mendarat cemas susulan masalah tekanan udara.
Ketika kejadian ia membawa 152 penumbang dan enam anak kapal.
Sementara pada malam Khamis lalu, sebuah pesawat Delta yang dalam perjalanan dari New York ke Madrid terpaksa berpatah balik selepas marshal udara menemui wayar yang mencurigakan dalam pesawat itu.
Biarpun tiada bahan letupan dijumpai namun pihak berkuasa menemui dua keping straw minuman yang diikat dengan wayar.
Kes berkenaan sedang disiasat.
**** Adakah puak2 PR akan kata... ini semua salah UMNO....!!!!

No comments: