Wednesday 18 July 2012

NSTP KUNJUNGI PEJABAT MB PERAK


IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, semalam, menerima kunjungan hormat pengurusan kanan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.
Kunjungan Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, A Jalil Hamid itu bertujuan memantapkan lagi hubungan antara kerajaan negeri dan NSTP.

Hadir sama, Ketua Biro Harian Metro, Jamilul Anbia Md Denin; Ketua Biro Berita Harian Perak, Jalal Ali Mohd Abdul Rahim dan Ketua Biro New Straits Times, Audrey Dermawan, selain Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Nizamuddin Isa.

Dalam pertemuan lebih sejam itu, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai pelbagai isu termasuk perkembangan politik di Perak dan program pembangunan dilaksanakan sepanjang lebih tiga tahun Dr Zambry mentadbir negeri ini.



No comments: