Robert Cobb dari Columbia, Missouri suka menjelajah gua bersama rakan-rakannya. Bermula masalah dalam hidupnya selepas pulang dari menjelajah gua di Lost Springs, Arkansas bersama dengan dua orang lelaki muda yang lain, John Wheldon, 23 dan Erik Seybock, 19.
Ketiga-tiga mereka merupakan rakan dan pelajar di University of Missouri. John Wheldon merupakan tukang ambil gambar dalam misi itu dan beberapa hari selepas pulang dari penjelajahan, John telah memuat naik gambar penerokaan mereka di facebook dan terus "tag" dua rakannya itu. Robert Cobb yang melihat gambar itu terus me"like" gambar tanpa memikirkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada gambar iaitu terdapat batu yang mirip seperti zakar betul-betul berada di depan wajah Robert Coob.
Sejak itu, masalah mula datang, bermula dengan tanggapan salah kekasihnya, Jennifer Elders, 14, yang memutuskan hubungan dua tahun mereka melalui mesej kerana beranggapan gambar itu amat menjijikkan dan Robert Cobb pula kelihatan begitu gembira dalam gambar itu.
Malah bos di tempat kerjanya sebagai pelayan selama hampir setahun telah memotong tempoh masa bekerjanya daripada 20 jam seminggu kepada 2-3 jam pada hanya hari rabu sahaja. Dia juga terpaksa meyakinkan ibunya bahawa dia bukan "GAY". Lebih teruk lagi apabila gambar itu di muat naik oleh seseorang ke laman Reddit.
"Saya letih dipanggil sebagai Enormous Stone Cock Guy" Kata Robert Cobb yang sejak kejadian itu suka berkurung di apartmentnya dan tidak menghadiri kesemua kelas musim panasnya. < Sumber >
No comments:
Post a Comment