Ini laporan dari Malaysiakini.. |
Ini laporan dari harakah.. |
Nak bohong pun agak-agak laa.. sudah la harakah memang terkenal dengan kaki fitnah, ditambah pulak dengan pembohongan yang nyata, alamatnya yang menulis harakah ni umpama takdak agama dah.
Untuk laporan kehadiran Himpunan Hijau di Stadium Darulaman, Alor Setar, pembaca boleh rujuk kat SINI dan SINI.
Sesuatu yang amat memalukan kepimpinan PAS telah berlaku di perhimpunan Hijau di Stadium Alor Setar, Kedah.
Boleh ke Parti Islam guna patung untuk perarakan / himpunan / program mereka?
Anda baca sendiri FATWA DARI MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN, negeri yang diperintah oleh PAS sendiri.
Hukum Membina Patung Dan Perarakan Patung Binatang Yang Bernyawa.
Tarikh Keputusan: 10 Apr, 2002
Keputusan: Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 10 April 2002 telah membincangkan fatwa mengenai membina patung dan perarakan patung binatang yang bernyawa.
Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:
1. Berdasarkan perspektif maqasid tanpa melihat kepada sebarang perincian pandangan, dirumuskan bahawa aktiviti pembuatan dan pemilikan patung atau objek samada berjisim atau tidak, dengan disertakan motif penyembahan, pemujaan atau sebarang motif yang bertentangan dengan maqasid syar"iah yang enam iaitu penjagaan agama, nyawa, akal, nasab, harta dan maruah maka hukumnya adalah haram dan wajib dihindarkan.
Namun begitu, pertimbangan daripada fiqh furu" wajar dihormati sebagaimana yang dianjurkan oleh al-Imam as-Sya"rani dalam mizannya.Justeru itu, sekiranya persoalan pembuatan patung dan pemilikannya bebas daripada pertentangan dengan nilai-nilai maqasid yang disebut di atas, maka kenyataan-kenyataan berikut perlu dipegang :
a. Pembuatan dan pemilikan patung haiwan atau manusia yang berjisim secara lengkap anggota zahirnya adalah haram berasaskan zahir hadis dan prinsip sadduz-Zarai".(سد الزرائع ).
b. Pembuatan dan pemilikan patung haiwan atau manusia yang berjisim tetapi tidak lengkap anggota zahirnya yang merupakan anggota utama yang berkaitan nyawa dan kehidupan seperti kepala dan sebagainya, maka hukumnya adalah makruh tatapi masih di bawah lingkungan perkara-perkara yang harus.
c. Pembuatan dan pemilikan patung haiwan atau manusia yang sempurna tetapi berasaskan kemaslahatan yang mu"tabar di sisi Syara' maka hukumnya adalah dibolehkan seperti pembuatan dan pemilikan patung untuk tujuan pendidikan seperti anatomi badan manusia yang lengkap untuk pengajian biologi atau permainan kanak-kanak dan sebagainya. seterusnya
No comments:
Post a Comment