Friday 27 April 2012

SALAHUDDIN AYUB PUNCA HASSAN ALI DIPECAT...???


“Antara parasit yang mencadangkan Hassan Ali dipecat adalah Salahuddin Ayub” kata Ustaz Hasan Basri mengulas berkenaan pemecatan Dato’ Dr Hasan Mohd Ali daripada PAS.
“Salahuddin Ayub dalam mesyuarat jawatankuasa harian, yakni terdiri daripada Presiden PAS, Timbalan Presiden Mat Sabu 121..kemudian tiga Naib Presiden, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Husam Musa, Ketua Penerangan PAS pusat, Ketua Dewan Muslimat, Ketua Pemuda PAS Pusat.
“Di mana dalam mesyuarat jawatankuasa harian, Salahuddin Ayub..antara parasit besar yang mencadangkan Hassan Ali jangan dilantik Pesuruhjaya PAS Selangor,” katanya dalam ceramah Rapat Rakyat, Selamatkan Islam, Melayu & Raja-Raja, 24 April 2012, Taman Meru 4, Meru Klang.
Alasan pemecatan, Hassan Ali dituduh sebagai faktor pemecah Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
Naib Presiden PAS itu didakwa sebagai budak suruhan, Dr Zulkifli Ahmad, Pengarah Penyelidikan PAS Pusat.
‘Salahuddin Ayub juga kemudian mengemukakan satu usul memecat Hassan Ali”, katanya.
Menyentuh lanjut mengenai Salahuddin, Hassan Basri berkata beliau tahu apa yang dilakukan oleh Naib Presiden PAS hingga digelar ‘Din Puduraya’.
“Salahuddin Puduraya (Din Puduraya)..ada sejarah (digelar Din) puduraya..aku tak nak sebut ‘benda’ begitu.
“Kita tahu sejarah puak-puak ni..sebab tu saya kata orang PAS ni bukan baik sangat..tapi jahat..jahat dia (orang) tak nampak,” katanya.
Tonton video rakaman ceramah Hassan Basri, klik di sini

No comments: