Friday, 27 April 2012

APA KEPUTUSAN MESYUARAT TERTUTUP ANWAR & BERSIH 3.0 DENGAN KEDUTAAN ASING..???


AIDCNews –  Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama kepimpinan BERSIH 3.0 dijangka hadir dalam mesyuarat tertutup dengan kedutaan asing, kelmarin.
The Malaysian Insider melaporkan mesyuarat tertutup itu telah diadakan di hotel Doubletree Hilton pada pukul 3 petang , yang diwakili ahli jawatankuasa Maria Chin Abdullah, Andrew Khoo dan Hishamuddin Rais.
Apakah keputusan mesyuarat tersebut..????
Adrew Khoo merupakan antara penyokong utama pergerakan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender), manakala Hishamuddin Pais pula pernah mengaku melanggan pelacur.
Difahamkan perwakilan BERSIH 3.0 akan memberi taklimat berkenaan demonstrasi ‘Duduk Bantah’ anjuran pihaknya di Dataran Merdeka Sabtu ini.
“Tujuan taklimat itu secara umumnya untuk mengemaskini maklumat kepada para diplomat asing tentang perkembangan reformasi pilihanraya setakat ini, sejak 9 Julai tahun lalu, kami berjumpa dengan mereka”, kata Maria kepada The Malaysian Insider.
Marina Chin Abdullah merupakan aktivis NGO feminisme yang mempunyai jaringan meluas dengan yayasan-yayasan dana antarabangsa termasuk NED (National Endowment for Democracy) dan OSI (Open Society Institute).
Maria pernah mengaku menerima dana dari dua yayasan dana asing iaitu NDI (National Democratic Institute), salah satu cabang NED dan OSI auntuk kerja-kerja pemantau pilihan raya di Malaysia.
Selain terlibat dalam BERSIH, Maria juga terlibat aktif NGO feminisme dan hak asasi seperti EMPOWER, NIEI (National Institute for Democracy and Electoral Integrity), SIS (Sister In Islam), JAG (Joint Action Group for Gender Equality) dan WDC (Women’s Development Collective).
Kesemua NGO yang dianggotainya itu merupakan penyokong LGBT Malaysia.
NIEI pula merupakan cabang kepada ANFREL (Asian Network for Free Elections), organisasi yang berpengkalan di Bangkok dan NAMFREL (The National Citizens’ Movement for Free Elections), organisasi berpengkalan di Filifina. Kedua-dua organisasi itu mendapat tajaan NED.
Menurut bekas pegawai perisikan CIA, Philip Agee, pembiayaan dana melalui NGO merupakan teknik lama CIA.
“Teknik lama CIA, (dengan) menubuhkan (sesuatu) organisasi (NGO) yang kuat (di kawasan) Pasifik yang akan terlibat dalam memantau pilihanraya atau sesuatu sepertinya.
“Yang pertama yang saya tahu adalah NAMFREL di Filipina, yang ditubuhkan sekitar tahun 1950-1951, sebagai salah satu usaha negara tersebut untuk menentang pemberontakan.
“Dan kami melaksanakannya melalui organisasi ini, NAMFREL..NAMFREL mengilhamkan (moto perjuangan) Kuasa Rakyat (People Power),” katanya.

3 comments:

.Gory. said...

UMNO Bodoh Takut Bersih!

Anonymous said...

Gory bodoh...Gory bodoh...Gory bodoh....

Anonymous said...

Melayu PAS dan PKR lagi bodoh tahap bahalol cipan... sbb sanggup menjdi pengikut dan penyokong betina lesbian dan seks bebas.... seolah2 menggambarkan bahawa itulah tahap keimanan Melayu Islam PAS dan PKR.