Showing posts with label SALAHUDDIN AYUB. Show all posts
Showing posts with label SALAHUDDIN AYUB. Show all posts

Thursday, 19 July 2012

BEZA ANTARA SALAHUDDIN AL-AYYUBI DAN SALAHUDDIN AYUB PAS

..... Teman forward dari K7L



Siapa Salahuddin Al-Ayyubi?

Salahuddin Al-Ayyubi adalah seorang pahlawan dan raja yang gagah berani. Beliau terkenal dengan kewarakan dan keberanian yang luar biasa sehingga berjaya mengalahkan tentera Salib yang memang terkenal dengan kezaliman dan keperkasaannya.

Beliau dilahirkan pada tahun 1138M. Ayahnya keturunan Kurdistan. Salahuddin telah berjinak-jinak dengan peperangan apabila telah meningkat dewasa. Beliau sempat berperang di Mesir bersama dengan Shirkuh, bapa saudaranya di bawah panji Kerajaan Fatimiyyah.

Pada tahun 1169, Shirkuh telah dilantik sebagai wazir (menteri) di bawah naungan Kerajaan Fatimiyyah. Kemudian Salahuddin telah dilantik sebagai wazir apabila bapa saudaranya meninggal dunia. Beliau telah berjaya memadamkan pemberontakan dalam negeri dan turut berjaya menumpaskan serangan pihak Frank dan Byzantine yang cuba hendak menakluk Kaherah.

Akhirnya beliau menjadi Raja Mesir pada tahun 1175 mengantikan raja terakhir dari dinasti Fatimiyyah yang mangkat dan diiktiraf oleh Khalifah di Baghdad sebagai pemerintah Mesir yang sah setahun kemudian. Beliau memakai gelaran Sultan Al-Malikun Nasir.

Pada tahun 1187 berlakulah Perang Salib di antara tentera Islam yang dipimpin oleh Salahuddin Al-Ayyubi dengan tentera Kristian yang diketuai oleh King Richard (Raja England) setelah beberapa tindakan provokasi yang dilakukan oleh pihak Kristian. Mereka bukan sahaja mengancam negara-negara Islam, malah telah merampas beberapa wilayah umat Islam di Baitul Muqaddis dan dijadikan negeri-negeri Kristian.

Dalam peperangan tersebut, tentera Islam telah berjaya merampas Baitul Muqaddis dan 10,000 tentara Salib terkorban. Di sini Salahuddin Al-Ayyubi telah menunjukkan ketinggian budi dengan tidak membalas perbuatan tentera Salib yang zalim semasa menawan Baitul Muqaddis dan negeri-negeri yang dilalui. Beliau telah memberi perlindungan kepada semua tawanan perang, perempuan, orang tua dan anak-anak tentera Salib dan memberi mereka tempoh 40 hari untuk meninggalkan Baitul Muqaddis.

Akhirnya seluruh tanah Palestin dapat ditawan semula. Walau bagaimanapun, orang-orang Kristian dibenarkan mengunjungi Baitul Muqaddis melalui satu perjanjian damai yang ditandatangani pada 1192.

Keperibadian

Pada suatu hari, ketika Sultan Salahuddin berjalan-jalan di kota Baitul Muqaddis, beliau telah berjumpa dengan seorang lelaki tua Nasrani (Kristian). Lalu lelaki tua tersebut bertanya kepada beliau : "Wahai pahlawan agung ! Sesungguhnya tuan telah berjaya mengalahkan musuh-musuh tuan. Tetapi mengapakah tuan tidak membalas seperti tindakan yang dikenakan ke atas tentera-tentera tuan ?"

Jawab Salahuddin : "Wahai orang tua ! Agama kami melarang menyiksa manusia. Bahkan hati kecil saya pun melarang melakukan pembalasan yang luar batas perikemanusiaan seperti yang pernah mereka lakukan"

Orang tua itu berkata lagi : "Apakah agama tuan melarang melakukan pembalasan terhadap orang yang memulakan pemusuhan dan menyiksa kaum tuan"

Jawab Salahuddin seterusnya : "Memang benar ! Agama yang saya anuti ini melarang perbuatan kejam seperti yang dilakukan oleh musuh-musuh kami. "

Tambah beliau : "Islam meyuruh kami menepati janji, memaafkan kesalahan orang lain dan melupakan kekejaman pihak musuh ketika mereka berkuasa "

Orang tua itu berkata lagi : "Alangkah indahnya agama tuan !" Saya sangat ingin agar sisa-sisa hidup saya ini dapat menikmati kehidupan yang bahagia". "Apakah yang patut saya lakukan untuk memeluk agama tuan yang mulia ini "

Jawab Salahuddin seterusnya : "Mempercayai bahawa Allah itu Maha Esa dan Muhammad itu RasulNya. Kemudian kerjakan apa yang Allah perintahkan dan tinggalkan apa yang dilarangNya".

Setelah itu, lelaki itu terus mengucap dua kalimah syahadah tanpa berbelah bahagi.

Siapa Salahuddin Ayub?

Dia adalah seorang penipu didalam PAS yang memang tengah berangan untuk jadi MB Johor! Dia ada berbohong tentang Ning Baizura di [SINI] dan lihat bagaimana dia mengelirukan rakyat Johor dengan hasutan seperti video di bawah :


Inilah Salahuddin Ayub yang juga merupakan Naib Presiden PAS Pusat. Dia memang gemar berbohong dan membuat janji palsu tanpa rasa berdosa. Inilah pemimpin PAS yang kononnya Islamik. Bahaya!

Sunday, 8 July 2012

GEMPAR..!!! KALAI VANAR BURU SALAHUDDIN AYOB...!!!




Kaum India diketuai oleh Kalai Vanar masih terus memburu Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub kerana didakwa menghina perayaan Thaipusam yang disamakan seperti demontrasi jalanan, BERSIH 3.0. Naib Presiden PAS didakwa berkata demikian ketika debatnya bersama Datuk Saifuddin Abdullah anjuran Sinar Harian 19 Jun di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 17, Shah Alam.

 “Inikah PAS untuk semua ?,” kata wakil kaum India kepada YB Khalid Samad wakil Salahuddin, ketika kaum India mahu berjumpa dengan Naib Presiden PAS di bangunan parlimen, 2 Julai. “Yang you janji demokrasi, belum berkuasa sudah ini macam..kalau sudah berkuasa besok, Depavali pun jadi haram,”katanya lagi.

 Pada 27 Jun lalu, Kalai Vanar bersama beberapa NGO India telah berkumpul di hadapan parlimen bagi mendesak Salahuddin Ayub memohon maaf kepada masyarakat India di atas kenyataannya itu. Kalai Vanar berkata, Thaipusam adalah upacara keagamaan yang menyaksikan masyarakat Hindu melaksanakan nazar serta menyembah tuhan, dan bukan berbentuk demonstrasi jalanan. 

 “Kenyataan ini mengundang rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat India. Kami hairan bagaimana seorang Anggota Parlimen yang matang boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian, lebih-lebih lagi dengan mengaitkan dan mengutuk upacara keagamaan dan kepercayaan sebuah kaum.

 “Beliau tidak boleh mengaitkan Bersih dengan upacara agama kami Thaipusam. Kami mahu dia turun sekarang dan mohon maaf kepada kaum india,” katanya.

Monday, 25 June 2012

SALAHUDDIN AYUB TIPU HIDUP-HIDUP RAKYAT JOHOR..!!!


Semasa di Ceramah Perhimpunan Hijau ke Putrajaya di Ledang pada 17hb Jun 2012 jam 9.30 malam, Salahuddin Ayub telah menipu rakyat dengan mengatakan bahawa dibawah perkara 153 Perlembagaan Persekutuan telah dijanjikan pendidikan percuma.

Jika pembaca lihat didalam video dibawah, diberikan juga penjelasan mengenai mengapa kami kata dia menipu.


  

Bayangkan apakah ini cara seorang Naib Presiden PAS memberi ceramah dengan penipuan? Sengaja mengelirukan orang-orang melayu. Boleh Keris kata dia munafik kerana meletakkan bohong hanya untuk menimbulkan kebencian dan kekeliruan.

Sekarang ini Salahuddin Ayub memang sudah tidak relevan. Kalau Hak Keistimewaan Orang Melayu pun dipusingkan dan mungkin dia sendiri tak faham maka jangan sebut tentang mahu mempimpin orang melayu di Malaysia. Dasar penipu! SUMBER

Friday, 27 April 2012

SALAHUDDIN AYUB PUNCA HASSAN ALI DIPECAT...???


“Antara parasit yang mencadangkan Hassan Ali dipecat adalah Salahuddin Ayub” kata Ustaz Hasan Basri mengulas berkenaan pemecatan Dato’ Dr Hasan Mohd Ali daripada PAS.
“Salahuddin Ayub dalam mesyuarat jawatankuasa harian, yakni terdiri daripada Presiden PAS, Timbalan Presiden Mat Sabu 121..kemudian tiga Naib Presiden, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Husam Musa, Ketua Penerangan PAS pusat, Ketua Dewan Muslimat, Ketua Pemuda PAS Pusat.
“Di mana dalam mesyuarat jawatankuasa harian, Salahuddin Ayub..antara parasit besar yang mencadangkan Hassan Ali jangan dilantik Pesuruhjaya PAS Selangor,” katanya dalam ceramah Rapat Rakyat, Selamatkan Islam, Melayu & Raja-Raja, 24 April 2012, Taman Meru 4, Meru Klang.
Alasan pemecatan, Hassan Ali dituduh sebagai faktor pemecah Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
Naib Presiden PAS itu didakwa sebagai budak suruhan, Dr Zulkifli Ahmad, Pengarah Penyelidikan PAS Pusat.
‘Salahuddin Ayub juga kemudian mengemukakan satu usul memecat Hassan Ali”, katanya.
Menyentuh lanjut mengenai Salahuddin, Hassan Basri berkata beliau tahu apa yang dilakukan oleh Naib Presiden PAS hingga digelar ‘Din Puduraya’.
“Salahuddin Puduraya (Din Puduraya)..ada sejarah (digelar Din) puduraya..aku tak nak sebut ‘benda’ begitu.
“Kita tahu sejarah puak-puak ni..sebab tu saya kata orang PAS ni bukan baik sangat..tapi jahat..jahat dia (orang) tak nampak,” katanya.
Tonton video rakaman ceramah Hassan Basri, klik di sini