Friday, 27 April 2012

PEGUAM CAP AYAM YANG TIDAK MENGHORMATI MAHKAMAH..!!!

Mengapa Peguam Cap Ayam Tidak Mahu Hormat Mahkamah?

Mahkamah Majistret telah mengeluarkan perintah menghalang penganjur perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 dan orang ramai daripada memasuki lokasi Dataran Merdeka bermula tengah malam ini sehingga 1 Mei.
Pada malam Khamis yang lalu, Majistret Zaki Asyraf Zubir telah membuat perintah tersebut berikutan permohonan menghalang kemasukan orang ramai ke Dataran Merdeka yang dibuat oleh pihak polis.
Rabu lalu, Presiden Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan juga sudah diberi pilihan untuk membuat perhimpunan aman Bersih 3.0 di Stadium Merdeka.
Namun, Ambiga menolak cadangan itu mentah-mentah dengan alasan bodoh kononnya tidak sempat memberitahu semua pengikut Bersih bahawa lokasi telah berubah.
Kalau diberitahu pukul 10 pagi hari Sabtu untuk perhimpunan yang akan bermula 2 petang, mungkin la boleh bagi alasan camtu, ini ada hampir 4 hari.
Seperti biasa, Ambiga lebih berminat untuk terus mewujudkan masalah dengan pihak berkuasa daripada menyampaikan apa yang terbuku di hatinya dengan saluran yang lebih baik.
Ambiga telah menyatakan yang dia akan terus memastikan Bersih 3.0 berlangsung dan tidak akan tunduk kepada perintah mahkamah.
Sebagai seorang peguam walaupun terbukti hanya peguam cap ayam (selepas kalah berdebat dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin), Ambiga adalah manusia yang sepatutnya lebih faham kedudukan institusi keadilan negara itu.
Kalau seorang penjual kasut curi di pasar karat tidak faham apakah itu mahkamah dan kedudukannya, maka kita pula boleh faham mengapa dia bersikap demikian.
Namun seorang peguam tidak mahu menghormati perintah mahkamah, maka otak peguam itu sama ada penuh dengan agenda lain atau dia sendiri sebenarnya seorang yang bodoh.
Yang mana satu Ambiga??
***Dah la cap ayam.... mcm mangkuk ayun lak tu...!!! xixixixi

No comments: