Wednesday 4 April 2012

KANTOI..!!!!NIZAR SAHKAN SURAT PR SOKONG PROJEK VALE DALAM SIDANG DUN PERAK KE-12..!!!





Seperti dijangka, sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bersambung hari ini kecoh apabila Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tampil membongkar pembohongan mantan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berdasarkan surat sokongan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) terhadap pelaburan syarikat SA Vale di Teluk Rubiah.
Selepas pendedahan berlangsung hampir 15 minit, Adun Pasir Panjang itu bangun dan mengesahkan surat yang bertarikh 17 Disember 2008 adalah benar dan sahih.
Terdahulu, ketika menjawab soalan lisan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) berhubung kelulusan projek pengagihan bijih besi syarikat nasional dibina di Teluk Rubiah bukan di Tanjung Hantu, Zambry berkata, pihak pembangkang terutamanya Nizar telah menggunakan projek itu meraih sokongan politik.
Menurutnya, berdasarkan surat yang ditandatangani oleh Nizar, kerajaan Pakatan Rakyat ketika itu mengalu-alukan projek itu bagi mendapatkan lesen pengilang daripada kerajaan Persekutuan dan kementerian, memaklumkan perkembangan positif perundingan positif antara syarikat Vale dan Harta Makmur Sdn Bhd untuk membeli tanah padang golf di Teluk Rubiah serta kerajaan negeri akan memproses urusan pindah milik dan tukar syarat tanah.
“Isu Vale SA ini yang dipolitikkan pihak pembangkang boleh menjejaskan tahap keyakinan pelabur untuk melabur di Perak.
“Baru-baru ini, pemimpin pembangkang termasuklah Nizar, Ngeh Koo Ham dan Adun Tronoh, V Sivakumar menyertai demonstrasi membantah projek ini di Teluk Rubiah sedangkan ketika PR memerintah Perak, ia mendapat sokongan mereka,” katanya lagi.
Tidak berpuas hati dengan penjelasan Zambry, Koo Ham bangun mencabar kerajaan negeri mendedahkan semua surat dan minit mesyuarat berhubung kelulusan projek Vale SA untuk didedahkan kepada rakyat jelata.
Beliau juga mendakwa kerajaan negeri mempunyai kepentingan dengan syarikat Harta Timur Sdn Bhd dan KYM Holdings yang mempunyai cukai tanah bernilai lebih RM20 juta hingga menyebabkan lokasi Teluk Rubiah dipilih untuk tapak projek, bukannya Tanjung Hantu.
Ketika menjawab soalan itu, Zambry berkata, percanggahan maklumat berhubung projek Vale SA antara Nizar dan Koo Ham yang ketika itu memegang exco kanan jelas menunjukkan bahawa Adun Pasir Panjang itu hanya boneka kepada kerajaan Pakatan Rakyat.
Adun Pengkalan Hulu, Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Ghazali meminta dewan menghadapkan Nizar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana menipu rakyat kerana wujud dua Menteri Besar ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak.

No comments: